Tips Memilih Universiti Luar Negara


Assalamualaikum! ^_^

Ramai juga yang tanya saya tentang cara memilih universiti luar negara.

“Akak, saya berminat sangat nak belajar di luar negara tapi tak tahu nak ambil bidang apa, di mana dan macam mana”.

Wah, itu betul-betul buntu tu dik! Huhu. Ok. Sekarang saya kongsikan serba sikit tips memilih universiti luar negara.

Secara umumnya, faktor pemilihan universiti adalah:
1) Nasihat daripada orang lain
2) Kesesuaian persekitaran/budaya/cuaca di universiti
3) Kos pengajian/sara hidup yang berpatutan
4) Wujudnya ‘geng’ di situ seperti kawan-kawan sekolah dahulu atau rakan sejabatan.
5) Reputasi universiti atau penyelia.

Jadi tepuk dada, tanya diri sendiri apa faktor yang dipentingkan dalam pemilihan universiti. Amacam? Pening tak? Tak tahu nak pilih berdasarkan faktor apa kan? Hehe.

Ok apa kata saya beri penerangan yang lebih asas. Jom tengok jenis ijazah di peringkat universiti.

1) Ijazah sarjana muda (Undergraduate)
2) Ijazah sarjana jenis ‘coursework‘ (Taught Masters)  *Contohnya MA/MSc
– Pelajar perlu mengikuti kelas dan ada peperiksaan.
3) Ijazah sarjana jenis kajian (Research Masters)  *Contohnya MPhil/MRes
– Pelajar hanya perlu membuat kajian dan tesis.

[Taught dan Research Masters wujud di United Kingdom dan beberapa negara. Sesetengah negara lain tiada pembahagian begini, contohnya di United States]

4) Ijazah kedoktoran (PhD)
– Sistemnya berbeza ikut negara. Contohnya  pelajar PhD di US perlu mengambil subjek tertentu dan menduduki peperiksaan untuk tahun pertama dan kedua (kalau tak silaplah). Kemudian, barulah mereka memulakan kajian dan menulis tesis.
Pelajar PhD di UK tidak perlu mengambil subjek (melainkan bengkel kemahiran penyelidikan) dan hanya tertumpu pada kajian.
5) Post-doctorate                                                                                                          – ‘Sunat’ untuk mereka yang sudah ada PhD untuk menyambung kajian. Saya tidak tahu sistem di universiti lain tetapi di UKM, para pensyarah diberi peluang untuk memohon post-doc dalam masa 2 tahun setelah habis PhD. Selalunya tempoh kajian untuk post doc adalah setahun saja atau paling lama 2 tahun.

Ish macam-macam ijazah yang wujud kan? Jadi nak pilih universiti macam mana? Sekarang untuk mudahkan pemahaman, saya bahagikan ijazah di atas kepada 2 kumpulan.

Kumpulan A terdiri daripada undergraduate dan taught masters. Kumpulan B pula terdiri daripada research masters, PhD dan post-doc.

Sewaktu memilih universiti, kumpulan A bebas mengikut apa jua faktor seperti di atas tetapi untuk kumpulan B, faktor paling utama adalah PENYELIA @ SUPERVISOR (SV).

Sabaq na…kita terangkan dulu untuk kumpulan A. Untuk kumpulan B, we’ll see again at the next post. Kang kalau terang kat sini, panjang berjela pula jadinya. Kita bagi penerangan untuk adik-adik comel kita dulu ok 😉

Mai kita tengok satu-persatu cara nak memburu universiti luar negara:

1) Sekurang-kurangnya anda kena tahu dan buat keputusan yang anda berminat dengan bidang apa. Kalau keliru, sila tanya pendapat cikgu, kaunselor, kawan-kawan, para senior dan sebagainya. You are moving towards  a new stage of your life, so please make an effort to do a ‘research’ about it.
Kalau tak pun, anda boleh google dan baca pendapat orang tentang sesuatu bidang.

2) Mulakan misi pencarian anda! Anda boleh google seperti berikut.

Teknik pencarian pertama:
Mechanical Engineering Undergraduate in UK
Economics Masters  in US
Undergraduate Architecture in Australia.

Dan…banyak lagi contoh yang boleh  anda cuba. Ketika itu banyak website universiti/forum/ blog akan keluar. Ha…apa lagi? Sila klik dan buat ‘survey‘.

Teknik pencarian kedua:
Ini untuk mereka yang mementingkan reputasi atau ‘ranking‘ universiti. Jika anda mahu semak universiti terbaik untuk bidang anda secara umum, boleh cuba seperti ini:

International Relations Undergraduate world ranking

Atau jika anda sudah kenalpasti negara mana yang menjadi sasaran, anda bole cuba seperti ini:

Politics Masters ranking in UK
Actuarial Science Undergraduate ranking in US
Business Management Masters ranking in New Zealand

Apabila dah tahu carta kedudukan  universiti untuk bidang anda, tunggu apa lagi? Cari website universiti berdasarkan senarai tu lah.

3) Apabila sudah masuk website universiti, rajin-rajinkanlah diri untuk ‘explore‘ jenis-jenis program yang ada. Untuk undergraduates, kebanyakan program adalah sangat jelas dan ‘straightforward‘.

Walaubagaimanapun, untuk Taught Masters, jangan lupa untuk meneroka kepelbagaian program yang ditawarkan. Jangan terkejut, kadang-kadang program-program yang tak tercapai dek akalmu pun ada dan ada yang sangat spesifik.

Contohnya anda mahu ambil Masters dalam bidang bahasa dan budaya di Timur Tengah di SOAS. Rupa-rupanya bila anda ke bahagian Department of the Languages and Cultures of the Near and Middle East di website, muncul pula bidang tersebut:

Haaa….kan banyak pilihan yang ada?

4) Intai syarat kelayakan dan tarikh tutup permohonan.

Pastikan anda memenuhi syarat yang dikehendaki (kecuali IELTS/TOEFL kerana boleh diberi kemudian) dan isilah borang.

Selalunya universiti-universiti terkemuka akan mengenakan yuran permohonan. Permohonan universiti lain pula percuma saja.

Ingat, ‘tembak’ seberapa banyak permohonan universiti. Insya Allah ada 1-2 universiti yang ‘tepat tembakannya’ dan dapatlah surat penerimaan. Tempoh keluarnya keputusan permohonan berbeza mengikut universiti. Ada yang 2 minggu saja dan ada yang memakan masa berbulan-bulan.

Haaa….secara umumnya inilah cara memilih universiti luar negara. Apabila sudah pilih dan isi borang, tunggulah keputusan permohonan dengan iringan doa. Kalau ditolak, jangan kecewa sangat. Allah tahu universiti apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu ada universiti lain yang lebih baik buat kita.

Macam kisah saya dulu. Ketika ijazah pertama, saya diminta oleh Kementerian Pendidikan Iran (penaja biasiswa) untuk menulis 3 buah universiti pilihan. Akhirnya saya ditawarkan ke Universiti Al-Zahra di Tehran, universiti yang tidak termasuk langsung dalam pilihan saya. Mula-mula agak kecewa dan sedih tetapi kemudian saya sangat bersyukur. Memang seronok kerana saya dapat pengalaman baru belajar di universiti yang semuanya perempuan, pensyarah dan rakan sekelas pula banyak membantu dan memberi sokongan.

Inilah dia saya zaman muda dolu-dolu yang sangat selamba memakai baju kurung ketika ke universiti. Huhu~ Sudahlah saya satu-satunya pelajar asing dalam kelas, kawan-kawan Iran pula semua memakai pakaian berwarna hitam. Fuh, memang terasa macam retis apabila semua mata memandang saya yang memakai baju warna-warni. ;D

unizahra

Sama juga ketika zaman saya belajar Masters. Saya ada menghantar permohonan kepada beberapa universiti tetapi ditolak. Pihak penaja (Fulbright) juga ada memohon universiti bagi pihak saya dan saya diterima untuk belajar di Washington University in Saint Louis atau nama singkatannya Wash U. Hehe.

Secara jujurnya saya tidak pernah dengar nama universiti tersebut sebelum itu tetapi rupa-rupanya ia antara universiti terbaik untuk bidang saya dan juga bidang lain. Ketika itu, saya sendiri tak reti cara memilih universiti, hehe, memang hentam keromo saja membuat permohonan. Alhamdulillah saya bersyukur dapat menjadi alumni WASH U. Sekali lagi saya satu-satunya pelajar Malaysia di universiti tersebut tetapi saya sangat menghargai dan menyukai tempoh saya berada di sana. Beeest!

washU

Sewaktu saya memilih universiti untuk PhD, saya sudah ada ilmu tentang cara membuat pemilihan universiti. Takut juga mula-mula untuk membuat permohonan kerana bidang saya banyak terdapat di universiti-universiti terkenal lantas menjadikan saya kurang percaya pada diri. Tapi….kenapa perlu takut sebelum mencuba, betul tak?

Akhirnya pada 1 Ramadhan tahun 2013, saya mendapat tawaran di luar jangkaan daripada SOAS. Sememangnya SOAS adalah antara institusi yang terkenal dalam bidang saya, jadi saya tidak mengharapkan sangat kelulusan daripada situ. Kalau dari awal saya asyik berasa takut dan tidak membuat permohonan, saya tidak akan pernah tahu yang saya mampu mendapat tawaran. Jadi, jangan takut-takut memohon okay?

SOAS tidaklah secantik WASH U tetapi saya tetap seronok belajar di sini. Ia terletak di pusat London, dikelilingi oleh universiti-universiti terkenal lain seperti UCL dan Birkbeck.

SOAS

Nampaknya sampai di sini dulu coretan tips kali ini. Insya Allah saya akan berkongsi tentang tips memilih penyelia dalam post akan datang. Jika ada sebarang perkongsian atau soalan, jangan segan untuk tulis di bahagian komen di bawah ye.

Selamat memohon!

 

 

32 Comments Add yours

  1. keyla says:

    Salam akak..
    nice post btw 🙂 tq
    nk tanya, skrg sy final year degree and mmg niat nk smbung oversea utk bidang master..
    agak2 bila masa sesuai untuk apply utk master ni ek??
    skrg sy di 7th semester, iAllah bulan 6 tahun depan habis laa degree sy..

    tq

    1. elvee says:

      Assalamualaikum, boleh je rujuk dekat website university yang kita nak tu bila tarikh yang sesuai untuk buat application. Selalunya ada beberapa condition jugak yang kena fullfill macam kena ambik english test dan juga bayaran untuk application fees pon ada jugak…. bergantung pada universiti tulaaa… rajin-rajin la buat research pasal universiti yang adik nak pegi tu ye. hehehe

    2. UP Firuz says:

      Salam Keyla.
      Terima kasih kerana sudi membaca post akak 🙂
      Akak ada tanya kawan akak tentang soalan awak ni. Kawan akak memohon utk Masters sejak semester 5 lagi. Dia guna mini transkrip (keputusan hingga sem 5) untuk memohon pada bulan Januari/Februari. Dia tak ambil iELTS sbb uni dia terima CGEO (yg dalam sijil SPM tu dan ia valid utk 5 tahun) dan dia hantar juga surat daripada uni malaysia mengatakan sesi pembelajarannya menggunakan medium bahasa inggeris. Dia dapat conditional offer. Habis saja belajar, dia hantar keputusan lengkap untuk dapat unconditional offer.Bulan 9 dia dah mulakan Masters di Imperial College dan bulan 12 ni dia akan pulang ke Malaysia untuk majlis konvokesyen.
      Dia nasihatkan awak memohon dalam lingkungan 50 univerisiti terbaik dunia atau lebih baik lagi dalam 10-20 universiti terbaik dunia sebab bukan mudah nak dapat biasiswa sekarang. Dalam bulan Januari/ Februari dah boleh mula memohin univerisiti. Di samping tu, cari peluang biasiswa. Awak boleh rujuk post akk tentang biasiswa ok.
      Good luck Keyla dear! 😉

  2. luqman says:

    assalamulaikum kak sy ada soalan nk tnya,
    harap akk boleh kongsi sikit lh..
    sy nk tahu mcm mana akk apply biasiswa untuk belajar ke iran?
    sy mmg nk tahu jgk mcm mana tuh..

    tu saja..
    assalamu’alaikum..

    1. UP Firuz says:

      waalaikumsalam.

      Awak boleh melawat kedutaan Iran di Malaysia dan tanya maklumat di situ. Insya Allah mereka akan membantu awak. Saya juga pergi ke kedutaan Iran dulu dan bertanyakan hal yang sama tapi itu tahun 2002. Sekarang mesti banyak syarat permohonan dah berubah.

  3. syed says:

    salam, kalau saya baru habis SPM 2014 tapi saya ingin sambung belajar ke UK dalam bidang business, apa yg saya ptut buat? adakah perlu memohon university terlebih dahulu skrg sementara menunggu keputusan SPM atau sambung belajar dulu matrix atau asasi di univeristi tempatan kemudian baru mula mencari university di UK… mohon penjelasan

    1. UP Firuz says:

      Salam. Buat semua. Dari sekarang cari maklumat tentang bidang dan uni yang diminati. Isi borang permohonan online dari sekarang dan update sikit demi sikit. Apabila dah dapat keputusan SPM, boleh upload dan terus submit. Sementara tunggu tawaran luar negara, masuk saja matrix dulu. Jika dah dapat kepastian untuk luar negara, baru berhenti matrix dan fly ke luar negara. Semoga berjaya! 🙂

  4. syurga kecil says:

    Assalamualaikum k.ffiruz
    saya nak tanya, apa pendapat k.firuz mengenai m.a dan phd di negara timur dan negara eropah.. saya berhajat untuk sambung di luar negara tapi bimbang salah pilih negara. adakah negara eropah boleh melatih untuk fasih bercakap arab atau sekadar belajar teori ke macamana ye kak?

    mohon kongsi ilmu dan pengalaman 🙂
    terima kasih

    1. UP Firuz says:

      Waalaikumsalam.
      Awak mahu belajar bidang apa? Apa target awak sebenarnya? Mahu belajar fikir kritis atau mahu fasih berbahasa dan dalami budaya?

      Jika awak mahu belajar Arab, saya cadangkan awk mulakan dengan negara Arab dulu untuk ijazah pertama. Di situ awak akan fasih berbahasa dan abe;lajar betul2 mengenai budaya dan cara hidup mereka. Untuk MA pula boleh sambung di barat untuk kuasai pemikiran dan approach yang kritis dan global.

  5. Najifah Syakirah says:

    Assalamualaikum, Ustazah.. Post ustazah Sgt membantu Saya . Saya mula yakin utk sambung belajar di luar negara. Saya Nak tanya, perbelanjaan bulanan di Korea, klu di-convert ke RM, berapa ya??

    1. UP Firuz says:

      Waalaikumsalam. Terima kasih sebab sudi baca post ini. 🙂

      Saya tidak pasti tentang nilai matawang sebab ia sentiasa berubah. Awak boleh google money converter dan buat kiraan di situ.

  6. ayie says:

    Salam kak,

    Saya degree holder mechanical engineering but keje dlm biz scope. Sy berminat nak melanjutkan pelajaran dlm master business kat oversea,dalam masa yg sama saya sayangkan lagi ilmu mechanical engineering saya. Boleh ke saya proceed kedua2nya dengan master sekaligus?? Masalah terbesar saya skg ialah penguasaan bahasa inggeris saya mengalahkan budak darjah 6. Kalau saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke oversea saya rasa saya boleh improve bahasa inggeris saya,itu yang saya mahukan sangat.

    1. UP Firuz says:

      Salam. Awak boleh buat double degree pasa masa yang sama. Atau buat satu persatu. Masters di UK setahun sahaja.

      Atau awak boleh ambil sijil kemahiran atau short course untuk business sambil-sambil buat degree engineering. Atau sebaliknya. Pastikan dulu prioriti awak yang mana dulu. Business atau Engineering dan utamakan pilihan berdasarkan prioriti.

      Bahasa Inggeris amat penting untuk permohonan universiti ke luar negara tapi syaratnya berbeza berdasarkan reputasi uni. Lagi hebat uni tersebut, lagi sukar syarat kemasukannya. Ada uni yang memberi kelonggaran untuk penguasaan bahasa inggeris. Awak kena rajin-rajin google untuk melihat syarat kemasukan universiti2 tersebut.

  7. Atikah says:

    Assalamualaikum..Sy ni pljr lpsn spm 2014. Sy b’cita-cita nk further study kt luar negara tapi sy x tw macam mana dn bila nk apply biasiswa & universiti. Lagi pn sy ni org ssh dn sy x nk sshkn mak abah. Klw nk hrpkn sponsor dr mak abah alamat terbang lah impian sy tu..Klw boleh sy nk minta nasihat lh kt ustzh sikit..

  8. Liana says:

    Salam. Kak saya teringin sambung master di luar Negara. Tapi saya kurang yakin dengan course yang akan saya pilih.Saya dah terlepas peluang lepas SPM sebab tak tahu step2. Tapi sekarang kalau bole saya dapat apa yang saya hajati. Saya lepasan ijazah kejuruteraan automotive. Akak boleh suggestkan kursus master utk saya selain dari engineering tapi masih berkaitan?Terima kasih

  9. Nurul says:

    Salam, kak, saya tahun ni baru umur 17tahun. Tapi saya dh buat rancangan, utk belajar di Luar Negara. Saya nak belajar di Ewha Womens University atau Korea University atau pun SNU. Saya memang nak belajar di luar negara. Tapi. Saya tak pasti, sama ada saya boleh ke dapat biasiswa? Sedangkan saya tak berapa pandai? Saya harap akak boleh bagi keterangan.

  10. umi says:

    assalamualaikum .. post sangt berguna .. saya lepasan spm 2014 dan berhajat mahu menyambung pelajaran ke korea selatan, tetapi saya tiada kenalan atau saudara-mara yg pernh mnjejakkn kaki ke luar ngra, jd saya buntu bagaiman utk mengisi borang permohonan tanpa tunjuk ajar dri yg mahir, ap perlu saya lakukn ? hrp dpt dibntu .

  11. MA says:

    Assalamualaikum.. Terima kasih untuk post yang sangat berguna seperti ini. Saya juga merupakan student SPM2014 dan bercita cita untuk sambung pengajian ke universiti luar negara seperti Perancis dan Switzerland. Namun begitu, saya buntu dan tiada pendedahan langsung tentang bagaimana mahu memohon ke uni tersebut dan cara apply scholarship, serta bila patut saya apply. Mohon bantuan dari akak ya. TK 🙂

  12. Adira says:

    Salam kak. Sy lepasan diploma in accountancy and get 3.27 only pd tahun 2013 and yes, sy menganggur selama setahun lebih. Sehingga ke hari ni sy cuma tolong parents sy berniaga saja.
    Sekarang dah bulan 3 2015, and sy teringin nk smbung degree in accounting di UK or US. Sy ada beberapa soalan untk ustazah dan sy harap ustazah dapat membantu sy yg zero ni.
    * Adakah sy layak untk mohon study di US or UK ngan pointer sy yg x seberapa tu?
    * Macam mana sy nk mulakan permohonan biasiswa ke luar negara?
    * Apakah syarat2 untk mendapatkan biasiswa?
    * Bilakah sy patut memohon biasiswa, sebelum atau selepas permohonan dibuat ke universiti?
    Harap akak dapat membantu.
    Terima kasih, InsyaAllah ustazah akan dipermudahkan dunia dah akhirat.

  13. Faizah says:

    Salam ukhti, it’s inspiring and interesting to read your blog full of information and useful tips.

    Alhamdulilah syukur kepada Allah I got 10A in my SPM 2014. I am now looking for sponsorship to study abroad.

    I’m interested to apply for food science or language courses in one of Korean universities just like your sisters.
    Please share and help me with the following:
    1. How to apply scholarship
    2. Which website to check
    3. What to write.

    Hope you will get back to me as soon as possible. So that I could start the process.

    Thank you so much for your help.

  14. Nana Hasaif says:

    Assalamualaikum.. ustazah dapat A1 kan BAT ?? Masa ustazah ke tehran tu memang dah pro tahap superb speaking arabic mcm ckp melayu or masih belajo-lajo ??

  15. Suria says:

    assalamualaikum..
    akak boleh tolong tak beritahu tentang course law..
    nak pencerahan skit..

  16. lea says:

    salaam, ustazah…sy berminat nak buat english shortcourse di UK (tanggung sendiri)…ada tips yg dpt membantu..terima kasih…

  17. addin says:

    nak tanya time kita nak apply U luar,,,perlu ke kita ambil kira pgiktirafan drpd JPA,MQA……sbb nnti balik malaysia x dpt pgiktirafan x dpt kerja jugak….

  18. addin says:

    byk x U luar negara yg nilai mata wangnya rendah dr malaysia dan dpt pgiktirafan sperti,,mesir

  19. mazidatul husna bt amir says:

    Salam kak,, akak belajar dulu dlm course apa eh? Skrang akak kerja sbgai apa?

  20. Yazid says:

    Salam.. Sy baru habis diploma bole further x?? Please give me a sign..

  21. Blackrose says:

    Akak….undergraduate memang guna tedult Spm ke??…ke macam mne??… Saya x berapa faham… Dan utk memohon biasiswa memang kena mohon university dulu ke….tolong explain sikit… Nk sangat belajar luar negara nii….

  22. Muhd Azizi Shhadan says:

    Assalamualaikum. thanks sis with ur sharing. Sangat mengguna kepada saya. banyak something new yang belajar dan baru tahu. inshaa Allah plan master nak apply oversea, doakan na. thanks. (* _ *).

  23. Fatini says:

    Assalamualaikum , Saya ada dapat tawaran belajar di University Tehran, Saya ade several questions nak tanya akak, since ramai kata iran bahaya sekarang. Can i get your no fon?

  24. sabrina says:

    assalam sis, suke bila membace blog sis pasal nak sambung master kat oversea. saya currently dpt conditional offer dari UCL London untuk master in plastic reconstructive surgery. intake sept 2018. persoalan saya, sis ade x kenalan org malaysia kat ucl london yg saya boleh bertanya psl rumah sewa etc? if nak dapatkan biasiswa kat mane ye? saya OKU. harap2 kerajaan kita dapatlah menolong saya setakat yang termampu

Leave a reply to UP Firuz Cancel reply