Mencari Perkataan Arab (Kategori: Peralatan Dapur)


belajar bahasa arabAssalamualaikum😀

Ketika saya mengajar Bahasa Arab di UKM (sempat mengajar setahun sebelum saya sambung belajar), saya banyak mengadakan permainan di dalam kuliyah untuk memupuk rasa ‘seronok’ dalam mempelajari bahasa syurga itu. Kiranya 2/3 sesi kuliyyah adalah sesi pembelajaran, 1/3 pula sesi permainan. Learning whatever language is fun, isn’t it?😉 Di samping itu, saya ‘memaksa’ anak murid mencipta permainan Bahasa Arab dengan memberi tugasan setiap minggu dengan harapan mereka menjadi kreatif dalam sesi pengajaran Bahasa Arab untuk anak murid mereka pula kelak.

Di blog ini, saya akan kongsikan hasil kerja anak murid saya supaya ia dapat dimanfaatkan bersama-sama. Mudah-mudahan para pelajar saya akan mendapat pahala berterusan apabila hasil kerja mereka digunakan untuk menyemarakkan lagi pembelajaran Bahasa Arab.

Untuk tugasan ini, saya suruh mereka buat kotak pencarian perkataan dengan huruf arab tetapi pembayangnya perlulah di dalam Bahasa Melayu. Kalau pembayangnya Bahasa Arab juga, senang sangatlah pula kan? Hehe.

Sesiapa yang menggunakan hasil kerja ini untuk sesi pengajaran, harapnya dapat beritahu dengan meninggalkan komen di bawah atau emel di upfiruz@gmail.com supaya saya dapat membuat pemerhatian mengenai keberkesanan permainan dalam pengajaran Bahasa Arab. Syukran jazilan😀

Karya: Nor Fatihah Majid

 

GameDapur

Kategori: Peralatan dapur

Pembayang

  1. Pinggan
  2. Dapur gas
  3. Singki
  4. Cawan
  5. Garpu
  6. Sudu
  7. Dulang
  8. Cerek
  9. Mangkuk
  10. Pisau

Buat dulu ye~ baru tengok jawapan. Hehe.

Jawapan:

JawapanDapur

JawapanDapur1

Hayya bil ‘arabiyyah!

Selamat mencuba.