Cuti terpenting di Korea yang orang Malaysia perlu tahu…


Tu dia, tajuk bukan main suspen. Bukan apa, sangat penting untuk orang kita tahu untuk percutian yang menggembirakan…

Ramai tahu yang orang Korea terkenal dengan sikap diorang yang workaholic ni. Memang betul, orang Korea kalau kerja memang bagai nak gila kerjanya. Kalau cuti dioarang akan bersungguh-sungguh cuti. Masa dulu saya pernah mengajar pekerja Samsung bahasa Melayu, saya ceritakan budaya Malaysia termasuk cuti-cuti di Malaysia. Diorang sangat terkejut dengan Malaysia yang ada banyak cuti. Sikit-sikit cuti, sikit-sikit cuti. Jawapan saya, yela kita ni terdiri daripada berbilang bangsa, jadi bila hari istimewa bangsa tu, konpem cuti…

Kat Korea ni, cuti terpenting ada dua. Namanya Chuseok dan Seollal. Seollal tu hari raya Korea. Sama tarikh dengan raya Cina kat Malaysia, Singapore, Taiwan, Japan dan mana2 negara lain yang menyambutnya. Jadi selalunya bila orang Msia cuti raya Cina, diorang akan amik peluang bercutikan? Siapa yang datang Korea time ni, memang tak berapa best. Chuseok pun sama, selalunya Chuseok bulan 9/10. Chuseok ni Korean Thanksgiving Day. Alasan kenapa tak berapa best datang time ni…

  1. Tempat2 menarik akan sentiasa dibuka macam Gyeongbok Palace, Namsan Tower, Myongdong. Tapi tempat shopping brooch, cenderamata, kain cotton, kain sutera dan tshirt I Love Korea yang murah2 akan tutup. Sebab diorang pun nak cuti raya. Jadi nak tak nak, terpaksalah pelancong sekalian membeli-belah di tempat yang lebih mahal. Buat yang pernah datang ke Korea, Namdaemun Market buka je pada hari raya pun, cumanya yang murah2 di dalam bangunan ditutup. Bila beli di luar bangunan mahal berkali ganda. Contohnya key-chain satu papan, harga dalam bangunan dalam 5000 won boleh dapat. Tapi bila beli di luar, harga die 8000-10,000 won. Mahal tak? Kita bukan nak beli sepapan je, tapi nak beli berpapan-papan. Nak bagi pengetua, ketua warden, jiran belakang rumah, nenek, atuk, cikgu kaunseling, cikgu pjk dan lain2. Mana cukup beli sepapan je. Dengan duit ringgit yang sangat murah, kena bayar 1000 lebih pun terasa mahalnya. Kalau dapat save, boleh pakai duit tu beli susu pisang, kan?
  2. Kilang2 semua tutup. Apa kena mengena kilang tutup dengan percutian kita? Haaa… bila kilang banyak tutup, semua foreigner2 yang jadi labour worker semua keluar untuk bermain. Yela seminggu dorg keja Isnin-Sabtu, 11 jam sehari. Time ni la nk main puas2. Jadi banyaklah muka2 orang Indonesia, Vietnam, Uzbekistan dan lain2 negara yang mencari rezeki halal di bumi sonata ni, keluar bermain. Tak lupa juga rakyat Malaysia yang ramai mencari rezeki di Korea dengan bekerja sebagai pekerja kilang ni. Tempat2 pelacongan di Korea ni pada hari biasa ramai pelancong Taiwan, Hong Kong, China Tanah Besar. Bayangkan hari cuti ni ramai ciptaan Allah ni berkumpul penuh dekat Everland, Namsan Tower, Gyeongbok Palace, Nami Island. Bukan apa, nak amik gambar pun susah. Beratur pun lama. Banyak benda tak boleh nak buat kat satu-satu tempat. Kat Everland pun boleh main ride sikit je sebab beratur panjang.

    seollal

    Makan besar masa Seollal. (sumber: koreanculture.org)

  3.  Bila cuti ni, paham2 jela…ramai orang Korea pakat2 keluar untuk jalan2 jumpa sanak saudara, melawat kubur. Jalan raya sangat sesak dengan kereta. Jalan menuju ke Nami Island tu selalunya dalam sejam setengah boleh sampai, kalau hari cuti tu, sampai 4-5 jam boleh jadi. Bayangkan sampai Nami Island main sejam- dua jam dah kena balik. Nak amik gambar lagi, nak sewa basikal lagi. Banyak aktiviti tak sempat nak buat. Tiket nak ke Nami konpem habis. Kalau nk ke Busan ataupun lain2 tempat sebulan sebelum dah habis sebab pakat beli untuk balik kampung.
  4. Kita ni sebagai Muslim di negara yang minoriti Islamnya, sangat susah nak dapatkan makanan halal. Dahla pilihan restoran yang boleh makan di sesuatu tempat tu terhad. Tutup pulak tu sebab cuti. Baru nak cuba restoran yang viral kat blog2 tapi tutup. Jawabnya makan Brahim la kita…

Tahun ni punya Chuseok lagi haibat.

2017-08-15

Sumber: naver

Tengok kalender bulan 10 di atas. Di Korea kalau hari tu ditanda merah, maksudnya hari cuti. Jadinya tahun ni konpem2 orang Korea akan bercuti dari 3hb-9hb. 9hb tu hari memperingati tulisan Hangeul. Orang Korea akan cuti dari Selasa pastu sambung kerja Selasa depannya. Konpem ramai kat Nami Island. Masing-masing kejar nak tengok daun yang bertukar warna cekelat kemerah-merahan walaupun tak start tukar lagi.

Walaubagaimanapun, buat yang dah terbeli tiket time cuti2 ni untuk datang Korea, datang jela. Korang boleh rasai dan tengok macam mana orang Korea kalau cuti dan sambut raya. Banyak tempat2 pelancongan menyediakan aktiviti2 menarik untuk yang datang melawat. Kita boleh nampak ramai orang Korea, budak2 kecik pakai baju Hanbok dan tak keberatan untuk ambil gambar bersama. Satu pengalaman baru kan?!

Kalau korang masih confused, dan perlukan khidmat nasihat, boleh hubungi kitorang melalui Whatsapp +821059698935. Kitorang akan sharekan bila tarikh2 best nak datang untuk tengok salji, tengok daun jadi wana merah. Kitorang juga ada buat khidmat tour guide, ada restoran halal kalau2 nak datang makan (Kampungku Restaurant, Myeongdong) dan juga Guesthouse yang sesuai untuk mereka yang datang beramai-ramai tapi nak jimat (Villanoras Guesthouse, Itaewon).

 

Advertisements