Teka Silangkata (Tema: Al-Quran)


Sebelum ini saya ada kongsikan permainan Bahasa Arab yang dihasilkan oleh pelajar saya. Kini saya ingin kongsikan pula permainan umum yang boleh dibuat dalam kelas supaya sesi pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Saya telah memberi kerja untuk para pelajar saya untuk mencipta teka silangkata dengan tema yang umum dan alhamdulillah, mereka telah menghasilkan teka silangkata yang kreatif dan menarik. ^_^

Di blog ini, saya akan kongsikan hasil kerja anak murid saya supaya ia dapat dimanfaatkan bersama-sama. Mudah-mudahan para pelajar saya akan mendapat pahala berterusan apabila hasil kerja mereka digunakan untuk menyemarakkan lagi pembelajaran dalam kelas.

Sesiapa yang menggunakan hasil kerja ini dalam kelas, harapnya dapat beritahu dengan meninggalkan komen di bawah atau emel di upfiruz@gmail.com supaya saya dapat membuat pemerhatian mengenai keberkesanan aktiviti permainan dalam kelas. Syukran jazilan 😀

Karya: Siti Naziah binti Ibrahim

tekasilangkata-quran

Jawapan:

tekasilangkata-quran1

Selamat mencuba!