Tips Memburu Cinta


10609480_730538810345346_8052609767246304191_n

Assalamualaikum  ^_^

Tanyalah pada mana-mana anak gadis, berapa kali mereka mahu bercinta. Pastinya jawapannya begini: “Kalau boleh nak bercinta sekali, kemudian terus kahwin dengan orang tu.” Saya tersenyum sinis mendengar jawapan itu. Indah sekali harapannya. Malah lebih baik jika mula berkenalan, kahwin dan bercinta selepas pernikahan. Walaubagaimanapun, setiap orang ada ‘dramanya’ tersendiri. Kita boleh mengharap dan bercita-cita tetapi kita tidak akan pernah tahu apa akan terjadi pada masa hadapan.

Orang yang bercinta selepas kahwin becerita tentang nikmatnya rasa itu. Halal dan bahagia. Orang yang bercinta pertama kali dan dapat berkahwin dengan cinta pertama tersenyum gembira hingga ke telinga. Tetapi tidak semua orang akan bertuah sebegitu. Ada yang sudah mengharungi beberapa hubungan tetapi masih gagal mendapat si dia yang sesuai. Ada pula yang tidak pernah mempunyai hubungan kerana ingin menunggu bakal suami tetapi si dia tidak muncul-muncul dalam hidup.

Saya hanya mampu tersenyum sinis melihat mereka yang berpangkat adik merungut atau merintih kerana masih tidak mempunyai buah hati atau masih tidak berjumpa dengan si dia yang dinanti. Kakak-kakak yang lagi tua bertahun-tahun ini boleh ‘relax’ tetapi adik-adik pula yang bagaikan cacing kepanasan. Bersabarlah adik-adik. Masanya akan tiba, lebih-lebih lagi kalian masih muda lagi. Ingatlah di sebalik perkahwinan yang nampak gah dengan cinta itu, ada ‘berguni-guni’ tanggungjawab yang perlu dipikul. Mungkin kita masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu, maka Allah lambatkan kedatangan si dia. Percayalah, cepat atau lambat, ada hikmah yang tidak terduga di sebaliknya. Allah knows the best.

Walaubagaiamanpun, tidak dinafikan golongan yang berada dalam lingkungan umur 19- 22 adalah mereka yang merasakan sifat keinginan untuk mencintai dan dicintai yang tinggi. Rasa itu tidak diundang tetapi tanpa disedari ia hadir juga. Itu memang normal, saya sudah melalui fasa hidup itu. Jika ada yang berjaya bertemu dengan si dia dan akhirnya ke jinjang pelamin, tahniah diucapkan. Semoga berbahagia dan diredhai Allah selalu. Kepada yang tidak berjaya, jangan bimbaaaang. Umurmu masih muda. Perjalananmu masih panjang, insya Allah. Si dia akan tiba juga, percayalah. Jangan lupa teruskan berdoa dan berdoa dan jangan lupa membaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik daripada diri kita yang sebelum ini.

Kawan Afghanistan saya ada memberi analogi tentang ‘kedatangan si dia’. Dia kata, “Bersabarlah dan terus berdoa. Kamu bagaikan berada di sebalik pintu menanti kedatangan si dia. Si dia pula sedang berusaha keras mencari kamu dari pintu ke pintu. Ada masa dia tersilap buka pintu, ada masa pula pintu kamu berada terlalu jauh, ada masa pula pintu kamu berada dekat saja tetapi dia terlepas pandang. Oleh itu, gunakan masa pencarian dia dan penantian kamu itu dengan baik. Itulah masanya kita membina diri untuk bersedia menghadapi hidup bersama. Apabila masing-masing telah bersedia, Allah akan lorongkan si dia untuk melihat pintu kamu dan menuju pintu kamu dengan mudah dan penuh keberkatan. Ketika itu dia akan memberi salam dan membuka pintu dan kamu akan menyambut kedantangannya dengan ucapan salam dan senyuman yang paling manis.”

Saya sangat suka dengan analogi itu tetapi saya sempat bergurau pula dengan mengatakan “Saya tak kunci pintu tu, malah saya dah siap bukakan sikit gitu, kenapa dia tak nampak-nampak juga?” Hehehe.

Apa-apa pun jangan pernah putus harapan dan teruslah berdoa. Jodoh setiap insan lain-lain maka janganlah sedih jika jodoh kita tidak secepat orang lain.

Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan cinta hati saya ketika menjangkau umur 28 tahun. Walaupun dianggap kahwin lewat bagi sesetengah orang, saya tidak pernah rasa kesal atau malu. Saya bersyukur kerana berpeluang mengembara menuntut ilmu sebelum mendirikan rumahtangga. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

Jadi bagi anda yang masih belum bertemu cinta hati, pastinya anda masih tercari-cari atau menanti ‘hadiah’ daripada Allah kan?
Jika mahu ‘hadiah’ a.k.a soulmate itu, pastikan ada DUIT ye.

D: Doa. Teruslah berdoa untuk jodoh yang terbaik buat diri tanpa rasa jemu. Tiada istilah, “Eh awal lagi/dah terlambat untuk berdoa pasal jodoh ni.” Bukan ke doa itu ‘talian’ kita dengan Allah? Kalau mahu, bersungguh-sungguhlah ‘chat’ dengan Allah.

U: Usaha. Usahalah mencari, jangan nak tunggu ‘bulan jatuh ke riba.’ Di mana nak jumpa calon yang baik? Selalunya di tempat yang banyak tenaga postitif la kan? Jadi usahalah dengan bergaul dengan orang baik, ikut majlis-majlis ilmu, dan sebagainya. Terus berusaha, jangan putus asa. Chaiyok! Fighting!

I: Iman. Sambil dok mencari tu, iman perlu dipertingkatkan. Jangan la pula teringin yang baik-baik tetapi diri sendiri tidak ada usaha untuk menjadi lebih baik. Allah kan dah janji lelaki yang baik untuk wanita yang baik? Maka berusahalah untuk ‘upgrade’ iman dalam tempoh pencarian jodoh.

T: Tawakal. Apabila dah usaha dan doa, jangan lupa bertawakal. Ingatlah bahawa Allah saja yang tahu apa/siapa/bila/bagaimana/di mana yang terbaik untuk kita. Jangan jadi ‘desperate‘ dan mula nak menyalahkan takdir sebagainya. Seperti yang saya selalu kata,”Sabar…prince charming awk cari awak naik keldai putih, bukan kuda putih. Sebab tulah terlambat sikit. Hehe~”

Thumbs up cahaya-pemimpin for this uber cute illustration.

Selamat berjuang buat mereka yang sedang mencari!❤