Dari Hati ke Hati bersama PhD Moms: Puan Zaridatul Aini


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, segmen ini mendapat sambutan yang baik terutamanya daripada para ibu PhD. Semoga ia terus memberi manfaat, motivasi, inspirasi buat kita dalam meneruskan jihad ilmu ini.

Kali ini kita akan mendengar kisah Puan Zaridatul Aini yang juga merupakan anak saudara saya walaupun saya taklah tua sangat lagi. Hehe. Walaupun kami ada ada hubungan keluarga, kami jarang dapat berjumpa kerana sibuk dalam perjuangan ilmu masing-masing di perantauan. Harapnya kami dapat bertemu lagi pada masa akan datang dengan gelaran DR, insya Allah. AMIIIIIIIIIIIIIN.ūüėÄ

ainidilab

Puan Aini di makmal kajiannya.

Nama: Zaridatul Aini Ibrahim

Bidang Pengajian: Medicine

Tahun Pengajian: Sudah selesai menghantar tesis pada 1 August 2016 yang lalu dan menunggu thesis examination report

Universiti:  The University of Sydney

Bilangan anak dan umur mereka: 1 org (3 tahun). Anak pertama saya lahir ketika saya berada di tahun ke-3 PhD (Dec 2013)

aini1

Sophie ketike berusia 10 hari

1) Boleh puan kongsikan rutin harian sebagai seorang isteri, ibu dan pelajar PhD?

Rutin saya berubah-ubah mengikut perkembangan anak saya dan bebanan kerja yang perlu diselesaikan.

Saya melahirkan anak pada Dec 2013 dan saya telah mengambil maternity leave selama 2 bulan. Saya mula kembali ke lab pada Feb 2014 (ketika anak saya berusia 2bulan). Waktu ini amat sukar kerana anak saya masih lagi breastfeeding dan saya telah terpaksa kembali ke lab. Dengan rutin  yang terlalu padat, saya tidak dapat mencari masa utk pulang ke rumah utk breastfeed baby/ pam susu bagi menyediakan stok untuk anak saya. Oleh kerana tertekan dengan kerja dan baby pula sudah mula selesa dengan botol berbanding direct feeding, saya tidak dapat melaksanakan hajat saya untuk exclusive breastfeeding selama 6 bulan.Saya begitu sedih dan kecewa tapi akhirnya akur kerana mungkin itulah yang terbaik buat masa itu.

aini2

Sophie dalam pangkuan ayahnya

Oleh kerana pengajian PhD saya melibatkan full time work lab, jadi rutin eksperimen perlu dirancang sebaik-baiknya utk mengelakkan treatment day clash dengan waktu saya tidak dapat hadir ke lab (Sabtu/Ahad). Suami saya menjaga anak sepenuh masa pada hari weekdays jadi ini membolehkan saya untuk berada di lab seawal 7.30pagi ‚Äď 8 malam. Pada waktu ini saya mengalami penurunan berat yang begitu mendadak kerana terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk makan. Pulang pada pukul 8 malam untuk dinner dan kemudian tidur kerana hari esoknya adalah hari yang memenatkan juga. Ada kalanya saya balik dan anak saya telah pun tidur. Esoknya ketika saya hendak keluar rumah, anak masih lagi belum terjaga. Sedih dan berat hati tapi inilah pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Pada Sabtu dan Ahad, saya cuma melakukan sedikit pembacaan¬†di rumah sambil menjaga anak kerana suami kerja separuh masa sebagai house-keeper.

Pada awal tahun 2015, suami berhenti kerja pada Sabtu dan Ahad kerana masa semakin suntuk dan saya mempunyai banyak eksperimen yang perlu diselesaikan sebelum kami pulang ke Malaysia for good. Jadi saya telah menukar rutin harian kepada 7.30pg ‚Äď 8malam¬†pada hari biasa dan 10 pagi/11pagi ‚Äď 7 malam¬†pada hari Sabtu dan Ahad untuk menyelesaikan baki eksperimen.

aini3

Kasih sayang ayah buat anaknya‚̧

Saya memulakan penulisan sepenuh masa kemudiannya pada awal May ‚Äď July 2015 dan pada masa ini boleh dikatakan saya berada di ofis¬†seawal 6.30 pagi dan kadang-kadang sehingga 9.30 malam. Pada hari minggu, saya melakukan penulisan tesis di rumah kawan kerana saya berasa agak tertekan bersendirian di ofis pada hari minggu. saya selalunya mula sedikit lambat (12-1pm) atau pulang sedikit awal (6-630pm) untuk meluangkan masa bersama suami dan anak (brunch bersama atau dinner bersama-sama).

Pada Julai 2015, disebabkan elaun sara diri tidak lagi diberikan, kami terpaksa pulang ke Malaysia bagi menyelesaikan baki penulisan. Kami menempuh pelbagai masalah untuk menyesuaikan diri setelah 2 tahun tidak pulang ke Malaysia, terutamanya anak saya kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki di Malaysia sejak dilahirkan. Suami pula perlu bekerja semula kerana tempoh cuti tanpa gaji telah pun tamat. Kami menghantar anak ke taska supaya saya dapat melakukan penulisan tesis di rumah. Pada waktu ini saya selalunya memulakan penulisan dalam pukul 10-1030 sehingga 530-6ptg. Pada waktu malam, penulisan diteruskan setelah suami pulang dan kami selesai solat, dan dinner lebih kurang pukul 9malam dan sehingga lewat mlm. Ada kalanya saya akan stay up sehingga pukul 1-2pagi bergantung kepada mood menulis. Sabtu dan Ahad saya mula sedikit lambat atau saya tidak menulis pada waktu malam untuk menonton Tv bersama keluarga.

Sayangnya, anak saya mengalami masalah di taska dan dia tidak dapat menyesuaikan diri. Emosi saya terganggu kerana terpaksa menghantar anak ke situ walaupun saya tahu dia tidak selesa berada di situ. Bayangkan setiap kali saya menghantarnya dia akan menangis sambil memeluk saya. Apabila saya ambil pada waktu petang matanya kelihatan begitu sembap, letih dan dia menunggu saya di pintu taska. Apabila saya muncul, dia terus berlari mendapatkan saya sambil menangis. Hampir setiap hari dia akan mengadu sakit dan pedih pada punggungnya kerana mungkin pampers lambat ditukar. Saya kemudiannya nekad untuk memberhentikan dia dari taska setelah anak saya mengalami skin infection dan dimasukkan ke hospital selama 5 hari. Anak saya kemudiannya dijaga oleh jiran tetapi kemudiannya dia berasa tidak begitu sesuai. Akhirnya ibu saya menjaga anak saya, alhamdulillah. Saya menulis tesis di rumah di tingkat atas di dalam sebuah bilik dan anak saya dijaga oleh ibu di tingkat bawah. Saya terpaksa berpura-pura seolah-olah saya pergi dan pulang kerja  untuk mengelakkan anak saya daripada tidak mahu tinggal bersama ibu saya. Penulisan tesis berjalan seperti biasa. Saya akan turun untuk lunch bersama mereka dalam pukul 1-2 dan memberi masa utk ibu saya solat dan rehat seketika dan naik semula ke atas pada pukul 2.30-3petang.

Setelah writing dan editing mengambil masa lebih dari tempoh yang dijangkakan (1 tahun  3 bulan) dan setelah 5 kali menukar thesis deadline date dgn fakulti dan juga sponsorship, saya mula merasa jemu dan rasa tidak lagi berupaya untuk menghadapi  rutin harian yang sama setiap hari dan juga expectation yang terlalu tinggi daripada SV. Saya menulis di bilik kecil dan merasa begitu tertekan dengan rutin yang sama setiap hari. Namun begitu, alhamdulillah di saat-saat saya begitu tertekan, suami selalu memberikan sokongan dan mengambil cuti beberapa hari untuk menemani saya menulis atau membawa keluar bersiar-siar. Di saat- saat akhir sebelum saya menghantar tesis pada 1 Ogos yang lalu, suami telah mengambil cuti sehingga seminggu lebih untuk memberikan semangat bagi menyiapkan tesis. Kami tidak tidur sehingga lebih 24jam untuk mengemaskini tesis sebelum dihantar. Alhamdulillah semua telah selesai dan doakanlah saya mendapat keputusan yang terbaik insyaAllah.

2) Bolehkah puan membuat kerja PhD sambil menjaga anak? Jika ya, boleh puan kongsikan caranya? Jika tidak, apa yang puan lakukan?

Tidak boleh. Saya selalunya all out spend time dengan anak saya kerana masa begitu berharga dan tidak selalunya dapat bermain-main dengannya. Saya selalu berdoa agar masa yg diluangkan bersamanya dapat memberi lebih motivasi kepada saya untuk cepat-cepat habis tesis.

 

3) Apakah cabaran yang dihadapi dalam mengimbangi kehidupan sebagai isteri, ibu dan pelajar?

Terlalu banyak cabaran yg dihadapi. Sebagai ibu, isteri dan pelajar, kita sentiasa ingin memberikan yang terbaik dalam semua aspek. Tetapi kita dibataskan dgn masa, tenaga dan juga pelbagai tanggungjawab. Rasa bersalah sentiasa ada kerana tidak dapat meluangkan masa yg lebih banyak untuk anak terutamanya ketika dia masih bayi. Sehingga sekarang saya terlalu terkenang-kenang pengalaman membesarkan anak di Sydney dan juga semasa saya bekerja keras menyiapkan tesis. Saya selalu merasakan I could have done better…tapi semuanya sudah berlalu.. Saya akan cuba memanfaatkan masa sebaik mungkin untuk hari-hari seterusnya.

aini4

Bersiar-siar di taman berdekatan rumah bersama suami dan Sophie

Semasa berada di Sydney, kehidupan kami hanya tertumpu pada kami bertiga dan PhD. Setelah pulang ke Malaysia, ada pelbagai lagi tangungjawab yanglain. Kadang kala, keluarga juga tidak faham dengan apa yang kita alami. Mungkin apabila mereka lihat kita keluar pada hujung minggu unttk mencari ilham atau unutk segarkan semula minda, tapi tidak dapat hadir ke kenduri atau hari keluarga, mereka akan berasa sedikit kecil hati atau memberi sindiran. Keluarga terdiri daripada bidang yg berlainan. Saya pun tidak menyalahkan mereka cuma saya agak terkilan kerana pada saat-saat saya mengalami tekanan yang amat berat, saya tidak mendapat sokongan yang diharapkan. Hanya suami tempat berkongsi masalah dan juga rakan-rakan PhD yang pernah melalui pengalaman yang sama.

Disebabkan terlalu tertekan, saya juga mengalami Panic Disorder Syndrome. Saya ada menceritakan serba sedikit kisah ini di FB saya dan beberapa tips berdasarkan pengalaman saya di https://www.facebook.com/faisaldanaini.aini/posts/10154123625791964

 

4) Apakah yang puan lakukan untuk menghilangkan/mengurangkan tekanan (stress)?

Di saat-saat tertekan, saya selalunya mengajak suami untuk keluar ambil angin (lunch, dinner atau bawa anak bermain-main seketika)

Saya juga berkongsi masalah dgn rakan-rakan PhD yang lain dan mendapatkan nasihat mereka dalam penulisan/kerja.

aini5

Bersama rakan-rakan seperjuangan

Di samping itu, saya juga cuba utk melakukan solat tahajjud untuk memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah.

Saya juga suka browse Fb apabila saya stress. Jadi untuk memberi motivasi, saya akan like and click see first utk page-page motivasi supaya apabila saya browse Fb, saya akan nampak page-page tersebut dahulu supaya membantu untuk menjadi lebih positif.

 

5) Nasihat/tips  untuk dikongsikan bersama.

Setiap orang ada struggle dan kesusahannya dalam perjalanan PhD ini. Jadi, kita sebagai salah seorg daripadanya perlu sentiasa bagi sokongan, kata-kata semangat untuk kawan-kawan yang seangkatan. Saya rasa ini sangat-sangat membantu terutamanya ketika kita buntu dengan writing and editing. Jangan menyendiri. Apabila kita selesai dgn tugas kita, jika ada lebih masa, bantulah kawan-kawan yang struggle dengan writing dengan membaca draftnya atau semakkan grammar etc. Insya Allah,  Allah akan bantu kita pula nnti.

aini6

Kenangan bersama kawan-kawan PhD di Sydney

Jika ada masalah dengan SV, jumpalah dengan Postgraduate Coordinator untuk mendapatkan nasihat. Dan jika ada masalah dalam pengajian, maklumkan juga pada penolong pendaftar. Ini amat penting kerana sekurang-kurangnya kita ada rekod jika terdapat masalah di kemudian hari untuk apply extension or etc.

Taking a break in between writing/experimenting sangat memberikan impak yg positif pada kerja dan tenaga kita. Saya pernah rasa nak berputus asa sangat-sangat (walaupun hari-hari lain ada juga tapi ini memang kemuncak sehingga hari-hari writing saya cuma tengok skrin computer saja dan tak menulis langsung). Otak tak boleh berfikir dah walaupun 1 ayat. Saya dah nekad utk quit dan suarakan pada Sv. Sv saya cadangkan saya untuk ambil short break. Jadi saya ambil 5 hari break dan pergi ke PD dan Melaka bersama suami dan anak. Alhamdulillah it was very rewarding. Sekembalinya dari short break, saya lebih nampak apa yg Sv mahukan dlm setiap draft dan penulisan berjalan lebih lancar. Jadi, ia sebenarnya lebih menjimatkan masa dari terus menghadap kerja tapi tidak ada yg selesai/ mencapai tahap kepuasan SV.

Berdoa berdoa dan berdoa tidak kira masa, tempat. Kalau terlalu letih untuk bangun tahajjud, cukuplah sekadar berdoa di atas pembaringan. Selalu ucapkan pada anak, doakan mummy ye. Doa bersama-sama dengannya dan suami ketika hendak tidur etc… insya Allah, Allah akan bantu kita.