Dari Hati ke Hati bersama PhD Moms: Puan Ajlaa Shazwani


Assalamualaikum,

Sebagai seorang ibu yang sedang mengikuti pengajian PhD, saya akui kadang-kala saya jadi amat buntu dan penat. Rasa terkontang-kanting dalam menjalankan pelbagai tanggungjawab dalam satu masa sebagai seorang isteri, ibu, anak, pelajar dan lain-lain lagi.

Oleh itu, saya mendapat ilham untuk mewujudkan segmen khas untuk para ibu PhD atau PhD Moms. Semoga perkongsian ini akan sedikit sebanyak membantu dalam memotivasikan diri. Jika anda kenal  PhD Moms yang lain dan mahu saya menemuduga beliau ATAU anda sendiri sudi berkongsi kisah anda, bolehlah hubungi saya di upfiruz@gmail.com ^_^

Pada kali ini, kita akan bersembang dengan Puan Ajlaa Shazwani / AJ the Mommy yang saya jumpa buat kali pertama ketika bengkel Dr OT di Malaysian Hall, London. Orangnya ceria dan peramah. Saya amat kagum dengan kegigihan beliau yang membuat kajian PhD sambil membesarkan 3 orang anak bersama suaminya di perantauan. Bukan kerja mudah tu! Jom kita mulakan sesi borak kita. Semoga bermanfaat!

ajlaa1

Puan Ajlaa bersama VVIPs

Nama: Ajlaa Mokhtar (AJ the Mommy | @aj_themommy)

Bidang Pengajian: Management

Tahun Pengajian: Tiga

Universiti:  UWE, Bristol

Bilangan anak dan umur mereka:

3 orang; 2 perempuan & 1 lelaki (5 tahun, 3 tahun & 1 tahun)

ajlaa2

Tiga orang permata hati Puan Ajlaa

1) Boleh puan kongsikan rutin harian sebagai seorang isteri, ibu dan pelajar PhD?

430 am: Bangun pagi, siapkan sarapan, mandi, solat Subuh jika dah masuk waktu

6 am – 9 am: Kerja jadi cleaner di Uni

9 am – 3 pm: Masuk office, sambung buat kerja PhD. Sometimes balik awal jika husband tak sihat atau perlukan bantuan.

2) Bolehkah puan membuat kerja PhD sambil menjaga anak? Jika ya, boleh puan kongsikan caranya? Jika tidak, apa yang puan lakukan?

Kadang-kadang boleh. Kadang-kadang tidak boleh. Selalunya tidak boleh. Haha. Tapi kalau boleh, maknanya sesuatu magical berlaku. Anak-anak tengok TV dengan khusyuk atau baby sedang tidur dengan lena. Jadi boleh lah buat kerja PhD sambil menjaga anak-anak.

3) Apakah cabaran yang dihadapi dalam mengimbangi kehidupan sebagai isteri, ibu dan pelajar?

Banyak. Mental. Fizikal. Emosi. Kalau tak cukup iman, boleh terpesong akidah. Buat PhD ni sometimes idea datang tak menentu. Tapi sometimes masa idea datang lah kita ada hal lain yang kena uruskan contoh anak mahu ke toilet la, anak mahu makan cookies la (oh crumbssss) Hahah. Sometimes bapa kepada anak-anak pun perlukan perhatian kita. Jadi sabar adalah kata kunci.

4) Apakah yang puan lakukan untuk menghilangkan/mengurangkan tekanan (stress)?

Tidur. Haha. Ataupun melayari internet. Selalunya saya akan book holidays in advance. So ada aim. Kerja perlu siap cepat so masa holidays tak perlu fikir tentang kerja. Yeahhh.

Atau totally forget about PhD when you are at home and focus on my children. Less stress. Huahuahuahua *please don’t do this everyday*

ajlaa3

Keluarga bahagia Puan Ajlaa

5) Nasihat/tips  untuk dikongsikan bersama.

Hati perlu kental. Iman perlu kukuh. Sabar perlu tebal. Jangan ikut orang. Ikut hati sendiri berpandukan doa dan tawakal kepada Allah swt. PhD is not a race. So don’t be too stressful. Remember, there’s always a light at the end of the tunnel. InsyaAllah.