Ini saya…


Assalamualaikum semua.

Mula-mula sebelum tulis panjang2 kenalah perkenalkan diri dulukan? Masa raya lepas, dah mintak dekat along untuk pakai blog die memandangkan blog die dah bersawang gara2 kena tulis thesis PhD die. (Along=Firuz Akhtar)

Saya adik perempuan along. Adik perempuan along dua2 ada kat Korea. Saya yang mana satu? Adalah, biarlah rahsia. Nama saya dirahsiakan untuk keselamatan populariti along yang semakin pudar, takut saya lebih femes daripada dia. Dia ustazah pilihan, saya tak de sape nak pilih. Huahaha…

Alhamdulillah, sekarang ni dah hampir 8 tahun tinggal di Korea. Mula2 dulu datang sebagai pelajar, sekarang dah tinggal sini dan buat bisnes. Datang dulu pun atas jasa along tolong carikan biasiswa Kerajaan Korea, alhamdulillah dapat untuk 5 tahun tempoh pengajian. Telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, suami dulu pun belajar di Korea tapi di under JPA. Jadi senang bagi kami buat bisnes kat sini sebab kami berdua mahir Bahasa Korea. Bukan senang nak deal dengan orang Korea, penting sangat penguasaan Bahasa Korea.

Saya sekarang sedang menguruskan bisnes Online Halal Mart di Korea. Website kami www.yeshalal.co.kr. Kami ada menjual daging2 Halal yang dibawa masuk dari Brazil, Canada, USA, Australia, New Zealand dan pelbagai negara lagi. Kat Korea ni, semua yang memerlukan makanan Halal perlu beli dari Itaewon. Itaewon tu terletak kat Seoul. Bayangkan mereka yang tinggal jauh dari Seoul, perlu ke Seoul hanya untuk membeli makanan Halal. Tempat lain pun ada, cumanya pilihan tak sebanyak kat Itaewon. Dulu masa kami tinggal di Suwon, stok daging Halal memang beli dari Itaewon, sebulan sekali ke sana dan beli penuh satu beg. Susah. Jadi bila kami wujudkan online mart ni. Alhamdulillah, kawan2 muslim yang lain hanya perlu order, buat pembayaran dan terima daging di rumah pada kesokan harinya. Kerja lebih mudah. Semua orang tahu daging sangat berat, kadang-kadang tu orang lelaki yang datang ke Itaewon setiap Jumaat akan bawa berplastik2 barangan Halal naik subway/bas pulang ke rumah. Kalau sikit tak mengapa, tapi selalunya banyak sebab ramai orang perempuan di kawasan universiti yang kirim.   Bayangkan angkut barang berat pada musim sejuk. Sangat menyeksakan. Alhamdulillah bisnes saya di sini berkembang dengan elok. Walaupun kami belum dapat menguasai semua penduduk Islam di Korea, sekurang-kurangnya niat kami untuk menolong umat Islam yang lain terhasil. Sekarang, orang Jeju Island pun tak perlu amik flight ke Seoul untuk beli daging.

 

Suami saya pula sekarang sedang melakukan bisnes restoran Halal di Myongdong. Alhamdulillah, berkembang pesat. Nama restoran tu Kampungku. Myongdong tu tempat wajib pergi untuk shopping. Bersebelahan dengan Namdaemun Market, pasar ni wajib pergi sebab tempat beli brooch, souvenir dan tshirt I Love Korea yang murah. Jadi di Namdaemun dan Myongdong belum ada lagi tempat makanan halal kecuali kedai kebab di Namdaemun Market, tapi itu pun tak ada tempat makan yang proper, order dan makan di depan bank NungHyup sebab kedai kebab tu sangat kecil. Kalau di Myongdong pula, orang akan makan Nasi Goreng Seafood di Restoran Eugane. Nasi Goreng ni dia akan goreng depan kita. Sekali sekala makan bolehlah, tapi kalau dah banyak kali, jadi muak, tak ramai orang kita yang boleh telan nasi goreng ala Korea ni. Nak solat pulak, selalunya kami akan ke Zara, Uniqlo atau mana2 kedai baju, pilih baju dan cuba2 kat fitting room dia, Masa cuba tula kita akan solat dalam ruang yang sempit tu. Tapi sekarang Alhamdulillah, restoran suami di Myongdong ni, ada ruang solat di tingkat atas, siap ada air cond untuk musim panas dan heater untuk winter. InsyaAllah lain kali saya akan cuba tuliskan tentang restoran, menu yang ada dan lokasinya.

IMG_9743.JPG

Restoran Kampungku, terletak di Myeongdong.

 

 

Selain daripada itu, kami juga ada buat bisnes homestay. Villanoras Guesthouse namanya, terletak di Itaewon. Sangat sesuai untuk mereka yang nak tinggal dekat dengan masjid dan mudah mendapatkan makanan halal. Banyak restoran Halal di Itaewon. Villa kami boleh muat sehingga 11 11 orang, jadinya sangat sesuai untuk mereka yang datang ke Korea dengan jumlah yang ramai.

IMG_7025.PNG

Boleh hubungi +821059698935 untuk tempahan.

 

Sebenarnya tujuan saya menulis ni sebab rasanya banyak benda yang ingin saya kongsikan dengan orang Malaysia. Perangai2 orang Korea yang kadang2 tu lebih baik daripada orang Islam sendiri , kehebatan sistem2 yang ada supaya boleh dijadikan contoh teladan dan pengalaman saya bekerjasama dengan orang Korea. InysaAllah akan update lagi. Bye2.

Advertisements