Kerangka Kajian Literatur @ Literature Review Template


SV saya sudah arahkan saya untuk serius menulis. Memang terasa sukarnya untuk mula menghasilkan ayat. Seolah-olah tidak tahu apa dan bagaimana nak mula dan ke mana untuk dituju. Namun begitu, ini adalah perkara normal kerana ‘enjin’ kita masih belum panas. Insya Allah tak lama lagi, kita akan membiasakan diri dan proses penulisan akan menjadi lebih lancar, amiiiiin.

Di sini saya nak berkongsi sikit cara saya dalam membiasakan diri dengan proses penulisan. Saya faham sangat perasaan kawan-kawan yang kebuntuan memikirkan cara untuk mula dari mana, apa yang nak ditulis, cara untuk kaitkan isi dan sebagainya.

Banyak cara sebenarnya untuk belajar cara penulisan, salah satu daripadanya adalah merujuk contoh tulisan yang ada. Sudah semestinya kawan-kawan dah banyak menelaah hasil tulisan yang lain. Dalam banyak-banyak tulisan itu, pasti ada artikel/buku yang menarik minat/perhatian kalian dari segi isinya yang ada kaitan dengan kajian, cara penulisan yang mudah difahami dan mengikut gaya yang kita mahukan. Saya syorkan kawan-kawan untuk membuat kerangka atau template berdasarkan bacaan tadi. Saya tak maksudkan untuk meniru bulat-bulat kerangka itu, tetapi jadikan ia contoh dan inspirasi untuk penulisan sendiri.

Mari saya tunjukkan contoh kerangka yang saya buat berdasarkan satu buku yang saya berkenan:

LRtemplate1

LRtemplate2

LRtemplate3

Inilah dia serba sikit contoh kerangka bagi penulisan Literature Review bagi bidang saya. Dari kerangka seperti ini, kita boleh belajar cara penulis mengaitkan idea, menyusun ayat, memilih perkataan sesuai dan sebagainya. Tak mengapa jika kita belajar sedikit demi sedikit kerana lama-lama kan akan jadi bukit? ^_^

Bagaimana pula dengan kawan-kawan? Jika sudi, marilah kongsikan sikit cara dan teknik menulis masing-masing🙂

raybradbury