Mencari Perkataan Arab (Kategori: Pekerjaan [2])


belajar bahasa arab

Assalamualaikum 😀

Ketika saya mengajar Bahasa Arab di UKM (sempat mengajar setahun sebelum saya sambung belajar), saya banyak mengadakan permainan di dalam kuliyah untuk memupuk rasa ‘seronok’ dalam mempelajari bahasa syurga itu. Kiranya 2/3 sesi kuliyyah adalah sesi pembelajaran, 1/3 pula sesi permainan. Learning whatever language is fun, isn’t it? 😉 Di samping itu, saya ‘memaksa’ anak murid mencipta permainan Bahasa Arab dengan memberi tugasan setiap minggu dengan harapan mereka menjadi kreatif dalam sesi pengajaran Bahasa Arab untuk anak murid mereka pula kelak.

Di blog ini, saya akan kongsikan hasil kerja anak murid saya supaya ia dapat dimanfaatkan bersama-sama. Mudah-mudahan para pelajar saya akan mendapat pahala berterusan apabila hasil kerja mereka digunakan untuk menyemarakkan lagi pembelajaran Bahasa Arab.

Untuk tugasan ini, saya suruh mereka buat kotak pencarian perkataan dengan huruf arab tetapi pembayangnya perlulah di dalam Bahasa Melayu. Kalau pembayangnya Bahasa Arab juga, senang sangatlah pula kan? Hehe.

Sesiapa yang menggunakan hasil kerja ini untuk sesi pengajaran, harapnya dapat beritahu dengan meninggalkan komen di bawah atau emel di upfiruz@gmail.com supaya saya dapat membuat pemerhatian mengenai keberkesanan permainan dalam pengajaran Bahasa Arab. Syukran jazilan 😀

Karya: Siti Zaharah Taha

job2

Kategori: Pekerjaan (2)

Pembayang

  1. Posmen
  2. Pelayar
  3. Polis
  4. Penterjemah-penterjemah
  5. Penjual ikan
  6. Pegawai
  7. Wartawan
  8. Jururawat
  9. Tukang masak
  10. Pekerja buruh
  11. Menteri
  12. Pekebun

Buat dulu ye~ baru tengok jawapan. Hehe.

Jawapan:

job2answer

job21job22

Hayya bil ‘arabiyyah!

Selamat mencuba.