Taska Nufayl di Bogwang


Alhamdulillah. Dah hampir sebulan lepas hantar Nufayl ke taska. Namanya Sol Orinijib. Dekat je dengan rumah. Masa mula2 dulu, kitorang bercadang nak hantar die ke taska sebab kesian, rumah sempit dan kalau ke taska, Nufayl dapat bermain dengan budak2 lain. Lepas tu, bahasa Melayu die sangat hebat gara2 tengok cerita Upin dan Ipin. Jadi, kalau die masuk taska, mungkin bahasa Korea dia pun bakal hebat. InsyaAllah lebih hebat daripada kitorang. Sistem pendaftaran di Korea sangat berbeza dengan di Malaysia. Masa mula2, kami ke Samsung Orinijib. Taska yang dibawah kawalan syarikat Samsung. Nampak mahal dan selesa. Pergi je sana, kena reject sebab dah penuh untuk budak2 besar Nufayl. Cara pendaftaran pun, melalui online. Setiap kelas ada 10 orang budak sahaja dan 2 orang cikgu. Tak boleh lebih daripada tu.

Lepas sebulan mendaftar, tiba2 kitorang mendapat panggilan daripada pihak taska. Katanya suruh datang dan lihat2. Kalau nk, boleh hantar Nufayl. Atas arahan pihak kerajaan, semua ibu bapa kena teman anak masing2 berperingkat.

  1. 3 hari pertama, spend masa dengan anak, dalam kelas selama 30 minit.
  2. 3 hari kedua, spend masa dengan anak dalam masa 1 jam.
  3. 3 hari ketiga, dari pukul 10 pagi sampai 1130. 1030 waktu ke palyground.
  4. 3 hari keempat, dari pukul 10 sampai 1230. Dan mula tinggalkan anak, kita dah tak teman. Tapi tak boleh pergi jauh2, kena duduk dekat dengan taska masa tempoh tu in case cikgu call minta kita amik anak kalau anak tu nangis je, non stop.
  5. Cuba tinggal dari pagi sampai pukul 330 petang, datang amik lepas dorg semua dh ada tidur siang.

Masa mula2, memang susah. Nufayl asyik nangis je, sebab dia tak biasa. Environment yang sangat berbeza, dahla sepatah haram dia tak paham. Kalau cakap bhs Melayu at least dia paham jugak. Lama2, dah ok walaupn dia terlalu attached kt sorg cikgu yang cantik dan sopan santun ni…

Borang pendaftaran pun ada banyak…Nak isinya pn sangat pening, berhari2 kitorang isi.

  1. Borang Maklumat Anak
  2. Borang Siapa dan Pukul Berapa Ambil Anak
  3. Borang Allergik Makanan
  4. Senarai Makanan yang disediakan sepanjang sebulan.(Memudahkan kitorang nak cek dan pastikan kalau hari tu makan daging, kitorang prepare benda lain)
  5. Surat ingatan untuk dapatkan suntikan vaksin.
  6. Surat kebenaran untuk upload gambar anak2 di blog tadika
  7. Surat kebenaran untuk anak berada di bawah kawalan CCTV.
  8. Borang nak decide pakej mana, ada 2 pakej. Untuk parents yang tak bekerja, dari pukul 9 pagi-4 petang. Ibu bapa yang bekerja pukul 8-730 petang. Harga pun berbeza.
  9. Borang senarai nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.
  10. Borang keizinan bawa anak ke hospital berdekatan sekiranya berlaku kecemasan.

Banyak aktiviti yang disediakan dan sangat menarik tengok Orang Korea didik anak2 diorang. Nufayl pun sekarang dah pandai 배꼽 인사 (tunduk hormat yang tangan di perut).

 

images
Pakcik Yoo Jae Sok tunduk hormat.

Setiap hari akan ada laporan dalam buku laporan. Cikgu akan tulis aktiviti Nufayl, apa perubahan yang berlaku. Penah cikgu puji Nufayl dah pandai sebut ‘Sonsengnim(cikgu), Chingu(kawan)’. Dia dah paham maksud ‘Norito(playground)’ jadi bila sebut norito je, die pn jadi excited.

IMG_0374
Ada laporan hari ni kat taska tidur berapa lama, makan tak waktu2 yang sepatutnya, dan tahap kesihatan. Yang kosong tu, update kalau ada ubat anak kena makan dan cara simpan ubat. Komen cikgu tu maksudnya hari ni Nufayl paling lambat tidur berbanding kawan2, kalau ke playground, die orang pertama yang akan semangat nk siram pokok, dan masa makan nasi, dia ludah balik Kimchi. Hahaha, anak Melayu yang belum boleh telan Kimchi.

Ni antara gambar2 yang cikgu upload dalam Daum Cafe (blog yang banyak orang Korea pakai). Masa ni hari perayaan Raya Korea(Chuseok), kena pakai Hanbok sebenarnya tapi terlupa nak bagi pakai. Tu gambar Nufayl buat Tteok, makanan tradisional Korea masa waktu raya.

 

Ni gambar Cikgu dan kawan2 Nufayl. Nama kelasnya Sarang Ban(Kelas Sarang). Opkosla mata dia paling bowlat. Haha Kat taska kawan2 dan cikgu panggil dia Pire(피르) singkatan daripada Firdaus(피르다우스).

 

 

IMG_0151.JPG

 

One Comment Add yours

  1. dorsett pink says:

    bestnya tengok. mummy bekalkan makanan untuk nufayl ke taska ker?

Leave a comment