Kembara Paris 2:Hari Pertama di Paris


???????????????????????????????

Assalamualaikum dan Bonjour!

Kami bertolak keluar dari rumah pada pukul 2.45 am kerana tren Eurostar akan berlepas pada pukul 5.40 am. Pagi-pagi buta lagi kami menaiki bas malam untuk ke stesen London St. Pancras International.

nightbus

Risau juga memikirkan Arish yang lena tidur tetapi alhamdulillah dia hanya merengek ketika ditukar lampin dan baju. Kemudian dia tidur sepanjang perjalanan ke stesen keretapi. Kami tiba di stesen lebih kurang pukul 4 am sementara check in hanya bermula pada pukul 4.40 am. Arish sudah terjaga dan sibuk berjalan ke sana ke mari. Oleh itu kami bercadang untuk meluangkan masa sebentar di kedai kopi stesen tersebut. Dalam keadaan yang tidak cukup tidur, pekena kopi memang terasa ummph!

Tiket yang dibeli secara online boleh dicetak di rumah atau di stesen. Jika tiket dicetak di rumah, pastikan scan codenya jelas. Saya sudah cetak tiket di rumah tetapi teringin mahu pegang tiket kertas keras yang cantik, maka saya cetak tiket sekali lagi di mesin tiket stesen. Hehe. Pastikan ada nombor rujukan tiket online dan kad kredit/debit yang digunakan untuk belian. Eurostar-stpancras-ticketTadaaa! Tiket cantik saya sudah siap dicetak! ;D

eurostarprintticket

Banyak sangat nombor yang tertulis di atas tiket, jadi di sini saya bulatkan nombor-nombor yang paling penting.

  • Bulatan merah : Nombor keretapi
  • Bulatan hijau : Nombor coach/gerabak. Nombor itu boleh dilihat di atas lantai landasan nanti.
  • Bulatan ungu : Nombor tempat duduk

eurostar international

Jangan lupa untuk datang awal bagi urusan check-in kerana ia melibatkan proses screening beg dan pemeriksaan pasport. Sebelum memasuki kawasan untuk check in, kami melalui pintu berhalang. Jika ada tiket kertas yang dicetak di stesen, tiket itu perlu dimasukkan ke dalam lubang di hadapan dan diambil semula di lubang di atas.

checkineurostar

Jika tiket dicetak di rumah, letak saja scan code di tempat pengimbas.

checkin2

Setelah pemeriksaan pasport, kami duduk di ruang menunggu sementara menanti nombor platform diumumkan di skrin yang disediakan.

eurostar waiting room

Suami saya melipat stroller dan meletakkannya di tempat simpan beg di bahagian pintu gerabak. Manakala beg pakaian (satu beg tarik kecil dan satu beg sandang) diletak di ruang kosong atas kepala. Tempat duduknya agak sempit, tiada ruang untuk Arish berdiri atau ‘bergerak bebas’. Alhamdulillah Arish lena saja tetapi sakit pinggang juga apabila dia tidur di atas badan saya selama sejam. Hehe~ Kemudian saya pindahkan Arish pada suami pula untuk sejam yang kedua.

Kami tiba di Stesen Gare Du Nord pada pukul 9.17 am (Paris lebih awal sejam daripada London). Tempat pertama yang kami tuju adalah tandas kerana kami mahu segarkan diri. Kami jumpa tandas berbayar (sekali masuk €0.70) di tingkat bawah. Ada seorang wanita di hadapan tandas yang boleh tukarkan wang kertas kepada wang syiling.

Setelah segarkan diri, kami terus ke mesin tiket untuk membeli tiket bagi semua pengangkutan awam (bas dan tren menggunakan tiket yang sama) di Paris.

ticketmachine

Sebenarnya pelancong boleh beli Paris Pass yang menyediakan pakej lawatan sekitar Paris tetapi kami memilih untuk membeli tiket biasa. Lagipun tidak semua tempat yang akan kami lawati dan bagi kami tiket biasa lebih menjimatkan. Harga sekeping tiket ialah €1.70 dan ia boleh digunakan untuk perjalanan sehala tidak kira bas atau tren. Kami beli 2 set tiket (satu set ada 10 keping tiket) yang dipanggil carnet (kar-nay). Tiket itu cukup buat kami untuk 3 hari 2 malam malah ada lebih 2 keping.

carnet

Check in untuk hotel bermula pada pukul 1 pm sedangkan kami sudah mahu mulakan misi menjelajah kota Paris.  Jadi kami mengambil keputusan untuk menyimpan beg pakaian di dalam locker di stesen buat sementara waktu tetapi kami tidak tahu tempatnya. Apabila kami tanya pegawai di ruang informasi, kami dengar ini: straight, @$%^&#*(&^, down. Tergamam kami sebentar. Apa pakcik ni cakap? Huhu~ Kami pun pun berjalan menuju tempat yang ditunjuk dan cuba membaca papan tanda di situ. Akhirnya kami terjumpa tempat menyimpan bagasi di tingkat bawah.

consigne-bagages-paris-gare-du-nord luggagelocker

Sebelum masuk ke bahagian locker, semua beg perlu melepasi proses screening. Kami memilih locker yang paling besar yang berharga €9.90 untuk 24 jam. Setelah itu, cik abe membeli simkad Lebara di tabac dan terus memasangnya di telefon.

Akhirnya..kami dapat melangkah keluar dari stesen dan melihat Paris. Tidak sangka akhirnya dapat menjejakkan kaki di Paris yang selama ini dilihat di televisyen atau internet dan saya menghirup udara Paris dengan dalam…………………………………dan tersedak kerana bau hancing. Oh tidak kusangka bau hancing ini menyambut kedatanganku…cis!???????????????????????????????

??????????????????????

Kami terus mencari makanan kerana perut sudah kelaparan. Betul-betul di hadapan Stesen Gare Du Nord ada sebuah kedai kebab halal. Makanan di Paris lebih mahal berbanding London. Terasa teragak-agak juga untuk membuat pilihan apabila melihat harga makanan di menu. Akhirnya kami memilih set makanan yang menawarkan 2 biji burger keju, kentang goreng dan air yang berharga €8. Setelah menjamu selera, kami singgah sebentar di hotel untuk memberitahu ketibaan kami dan kemungkinan untuk check-in pada waktu malam.

Okay, let us start our adventure!

1) Arch de Triomphe

Keluar saja dari stesen metro, Arch de Triomphe sudah tersergam indah di depan mata. Terasa ‘keParisan’ apabila dapat mendengar muzik berirama Eropah berkumandang di jalanan.

Ia terletak di tengah-tengah bulatan trafik yang sangat sibuk. Cara untuk ke tengah-tengah adalah dengan menuruni tangga dan melalui lorong bawah tanah. Kelihatan tugu itu seperti peringatan buat perajurit yang terkorban. Ada banyak nama yang tertera di dinding dan lantai.

Tugu ini merupakan antara mercu tanda Paris yang paling terkenal. Jadi mestilah ambil gambar tanda dah sampai kan? ;p

???????????????????????????????

 

Ok, Arch de Triomphe checked!

2) Seine River

Kami tiba di tepi Sungai Seine ketika matahari sedang panas terik. Udara pula kering dan tekak cepat terasa haus. Saya terpaksa membeli air kerana terasa sangat dahaga walaupun harganya amat mahal: €5 untuk segelas air epal dan €3 untuk sebotol kecil air mineral T_T. Saya nasihatkan kawan-kawan untuk bawa bekalan air yang mencukupi supaya dapat mengelakkan diri daripada membeli air yang mahal.

Ada banyak syarikat kapal pelancong yang menawarkan perjalanan di Sungai . Kami memilih perjalanan sejam di Sungai Seine dengan syarikat Bateaux Parisiens  dengan harga tiket €14 untuk seorang dewasa. Arish seperti biasa dapat menaiki kapal secara percuma.

???????????????????????????????

Agak seronok melayari Sungai Seine sambil  mendengar informasi daripada alat mendengar khas yang terletak di tepi kerusi dan juga pekerja kapal pelancong yang mahir pelbagai bahasa. Bangunan-bangunan bersejarah di tepi Sungai  Seine memang sangat cantik dan mempunyai nilai seni yang tinggi.

Ketika melintasi sebuah jambatan, pekerja kapal beritahu bahawa ia ‘Jambatan Cinta.’ Kami disuruh memejam mata dan mencium pasangan apabila berada di bawah ja,batan itu. Hihi, macam-macam lagenda depa ni.

Pengalaman menyelusuri Sungai Seine  memang menarik tetapi cuaca sangat panas sehingga Arish jadi tidak selesa. Tambahan pula dia kepenatan, kehausan dan mengantuk. Tiga dalam satu sehingga dia tidak berhenti-henti merengek. Saya nasihatkan kawan-kawan untuk memilih waktu lewat petang supaya dapat menikmati cuaca yang agak redup dan nyaman.

???????????????????????????????

Selesai saja sesi pelayaran Sungai Seine, cik abe pergi ke vending machine untuk membeli air mineral yang mahal itu kerana amat kehausan. Saya dan Arish duduk di bawah pokok sambil menunggu cik abe datang tetapi dia mengambil masa terlalu lama. ‘Papa ni beli air ke, kaut air di sungai?‘ Cik abe akhirnya datang tanpa air mineral, katanya mesin rosak. Dia mahu membeli satu saja air mineral tetapi mesin mengeluarkan 7 botol sekaligus sehingga laluan mengambil botol tersekat.

Giliran saya pula mencuba kerana tangan saya lebih kecil daripada cik abe. Tak sangka pula perbuatan saya yang cuba menarik keluar botol air itu diperhatikan oleh sebuah keluarga dari UK. Si isteri menawarkan diri untuk menolong tetapi dia pun gagal. Kemudian suaminya pula datang untuk menolong tapi saya agak skeptikal kerana tangannya sangat besar.

“Here, your water bottle.” Waaaaaah, tak sangka pakcik itu berjaya mengeluarkan botol air dari tempat sesempit itu. Setelah berterima kasih, saya kembali ke sisi cik abe dengan senyuman lebar. Alhamdulillah, yes!!

Tiba-tiba anak lelaki pasangan tadi datang ke arah kami dengan sebotol air. “We could take out the other water bottles out, so another one for you.”

APA? Wanita tadi melambai dan menunjukkan isyarat bagus dari jauh. Aku hanya membalasnya dan kemudian memandang cik abe. Cuasa sangat panas terik dan sebotol air sejuk percuma ada dalam genggaman tangan.

“Ish, mana boleh minum air yang kita tak bayar”

Pang! Kata-kata cik abe macam tamparan pada saya. Ish ish ish Firuz! Lagi sikit je lagi nak tergoda oleh bisikan setan. Hehe. Saya terus meletakkan balik botol air itu dalam mesin tersebut kerana ia bukan hak kami. Jom teruskan perjalanan!

3)Eiffel Tower

???????????????????????????????

Eiffel Tower adalah destinasi pelancongan ‘wajib’ jika ke Paris. Ia terletak bersebelahan saja dengan Sungai Seine, jadi kami hanya melintas jalan untuk ke sana. Wah, tak sangka Menara Eiffel yang terkenal kini berdiri megah di hadapan mata! Masya Allah!

Sebenarnya Menara Eiffel tidaklah terlalu cantik, hanya sebuah menara besi buruk yang berdiri tinggi. Malah ia pernah dirancang untuk dirobohkan pada 1909 tetapi sehingga ke hari ini ia masih berdiri gagah di kota Paris dan mampu menarik jutaan pelancong.

Pelancong perlu membeli tiket untuk menaiki Menara Eiffel melalui lif atau tangga. Barisan beratur tersangat paaaaaaaaaaanjang sehingga ia membantutkan terus niat untuk menaiki menara. Ambil gambar saja cukuup. Hehe.

4) Champ de Mars

Champ de Mars adalah sebuah taman umum yang terletak berhampiran dengan Menara Eiffel. Kami menyorong kereta tolak Arish menyelusuri kawasan lapang di mana orang ramai sedang baring bermandikan cahaya matahari (sunbathing) dan kanak-kanak bermain di beberapa taman permainan di situ.

Akhirnya kami tiba di sebuah kawasan berumput yang enak mata memandang lantas memberatkan mata kami yang sudah keletihan akibat kurang tidur dan rehat. hehe. Apa lagi? Kami ambil keputusan untuk tidur sebentar di taman itu. Sambil mencangkuk tangan di stroller Arish supaya kami dapat rasa segala pergerakan, kami pun terbaring di tepi stroller Arish. Dapatlah pengalaman menjadi seperti homeless sekejap tetapi memang seronok ;p Tidur berlantaikan rumput, beratapkan langit dan berkipaskan angin sepoi-sepoi bahasa memang melenakan kami. Waaaaah…Z.z.Z.z.Z.

Badan rasa lebih bertenaga setelah mendapat sedikit rehat. Tekak pula kehausan tetapi harga air terlalu mahal. Pada saat-saat kecewa itu, tiba-tiba saya ternampak paip air di tepi pokok. Apabila diamati, air dari paip itu sesuai untuk diminum.???????????????????????????????

???????????????????????????????Waaaaaaaaaaa, alhamdulillah! Tanpa membuang masa, seperti musafir kehausan yang tersesat di padang pasir, kami cepat-cepat meneguk air dan mengisi semua botol yang kami ada dengan air sejuk itu. Subhanallah, nikmatnya air sejuk pada hari panas terik!

5) Rodin Museum

Kami bukanlah peminat muzium tetapi menurut bacaan, muzium ini ada sebuah taman yang amat cantik dan sesuai untuk kanak-kanak. Teringin juga melihat Arish lari  keriangan di taman Paris. Maka kami pun naik turun segala tangga di stesen tren dengan stroller Arish yang berat dan tiba di muzium itu yang terletak di tepi jalan. Yaaa…kami sampai juga di sana dan…..masa lawatan sudah tamat. Huhuhuhuhu~

Tiada rezeki kami nampaknya tetapi gambar tetap tidak dilupakan. Kiranya kami sudah pernah ke muzium itu la kan? Cheeeeese, snap!😀

??????????????????????

 

6) Louvre Museum

Destinasi terakhir kami ini terkenal dengan hasil seni yang menakjubkan dan pintu masuk berbentuk segitiga. Seperti biasa kami hanya mengambil gambar dari luar sebagai kenangan kerana harga tiket masuk pun agak mahal.

??????????????????????????????????????????????????????????????????

Badan sudah kepenatan, maka kami duduk sebentar mengambil udara di air pancut cantik di situ. Sambil enak menikmati kenyamanan, tiba-tiba mata kami dicemari dengan  adegan lintas langsung yang memualkan. Betul-betul di hadapan kami, sepasang kekasih gay dan sepasang kekasih lesbian sedang bercumbuan a.k.a comolot. Mahu juga gugur jantung dibuatnya kerana selama ini ternampak di filem saja tetapi kali ini…… Astaghfirullahal’azim. Daripada tak pasal-pasal mereka dapat ceramah percuma atau pelempang sulung daripadaku, lebih baik kita pulang ke hotel saja kan? Hehehe.

Memandangkan Piala Dunia baru saja bermula ketika itu, banyak kedai menayangkan perlawanan bola sepak di televisyen masing-masing. Kami hanya membeli makanan malam dan seronok makan sambil melayan perlawanan  bola sepak di televisyen kecil dalam bilik hotel. Nice and simple, alhamdulillah.

Pengembaraan Paris bersambung semula keesokan harinya. Masing-masing sangat penat dan tanpa…z.. z   z ..z ….