Sembang Biasiswa: Biasiswa Turki untuk MA dalam Islamic Theology


Assalamualaikum,

Kali ini saya wujudkan segmen khas di blog saya iaitu Sembang Biasiswa khas untuk membantu mereka yang sedang berusaha mencari biasiswa. Saya akan cuba menghubungi mereka yang dapat biasiswa untuk belajar di luar negara. Kemudian saya akan hantar soalan temuduga bertulis kepada mereka melalui emel. Selepas itu, saya akan hantar sedikit token of appreciation kerana sudi bekerjasama dalam projek kecil-kecilan ini. Jadi jika anda kenal sesiapa yang belajar di luar negara dengan biasiswa dan mahu saya menemuduga beliau ATAU anda sendiri sudi berkongsi kisah anda, bolehlah hubungi saya di upfiruz@gmail.com ^_^

Baiklah, untuk post kali ini, kita akan ‘bersembang’ dengan Saudara Tsaqif Ismail yang berjaya mendapat Biasiswa dari Kerajaan Turki. Walaubagaimanapun, dia telah menolak tawaran berkenaan kerana mendapat tawaran dari negara lain pula. Haaa…menarikkan? Jom kita selami kisah dia untuk permohonan Biasiswa Turki dulu. Next post, kita cerita pasal biasiswa dari negara yang lagi satu tu pula.

Semoga bermanfaat!🙂

sakryauni

Nama: Thaqif Ismail

Bidang Pengajian: Islamic Theology/ Ilahiyyat (Masters)

Tahun Pengajian: -Tidak mendaftar disebabkan menerima tawaran biasiswa di negara lain-

Universiti:  Sakariya Universitesi.

Nama Biasiswa: Turkiye Burslari (Biasiswa Kerajaan Turki)

Tahun Biasiswa: 2016

1) Bagaimana saudara dapat tahu tentang biasiswa tersebut?

Melalui pelajar-pelajar Turki di UIAM dan pelajar-pelajar Malaysia di Turki.

2) Bila waktu terbaik untuk memohon biasiswa tersebut?

Biasiswa Kerajaan Turki dibuka sekitar Februari hingga Awal Mei setiap tahun.

3) Apakah persiapan yang diperlukan untuk memohon biasiswa tersebut?

Mulakan menghubungi pelajar-pelajar Malaysia di Turki dalam tempoh beberapa bulan sebelum permohonan biasiswa dibuka, khususnya berkenaan tips dan teknik mengisi permohonan dalam talian kerana ianya agak rumit. Boleh juga memulakan carian ‘group’ FB tentang Turkiye Burslari (Search FB: Turkiye Burslari) dimana anda akan mendapat banyak info dari pemohon seluruh dunia.

4) Adakah temuduga merupakan syarat biasiswa tersebut? Jika ya, boleh berikan sedikit tips untuk temuduga tersebut?

Persiapan paling penting ialah untuk menghadapi temuduga dimana kemahiran berbahasa Inggeris sangat pentik, dan untuk mereka yang memohon bidang pengajian Ilahiyyat/Theology tonjolkan keupayaan berbahasa Arab, semasa saya ditemuduga kedua-kedua penemuduga boleh berbahasa Arab, salah seorangnya merupakan bekas penyarah Fakulti Ilmu Wahyu di UIAM. Saya ditemuduga dalam kedua-dua Bahasa.

5)Berapa lama saudara menunggu untuk mendapat jawapan permohonan biasiswa tersebut?

Permohonan dihantar awal Mei. Manakala keputusan disenarai pendek untuk ditemuduga dikeluarkan pada penghujung Mei. Ada sekitar seminggu sebelum ditemuduga di Kuala Lumpur. Manakala keputusan akhir sepatutnya dijadualkan pada Ogos, namun bergantung kepada situasi di Turki, tahun ini keputusan tiba agak lewat iaitu sekitar awal September.

6) Nasihat/tips  untuk mereka yang berminat untuk memohon biasiswa yang sama.

Pastikan CGPA anda berada pada paras sekurang-kurangnya sekitar 3.5, kerana jumlah pemohon puluhan ribu orang, persaingan agak ketat dari seluruh dunia. Dan sekiranya ditolak, jangan putus asa untuk memohon lagi pada tahun seterusnya. Atau sekiranya anda sangat berharap untuk belajar di Turki, ada sahaja saluran lain seperti terus sahaja ke website Universiti dan mengisi permohonan. Sebagai contoh pelajar jurusan Ilahiyyat di Universiti Fateh Sultan Waqfe diberi pengecualian dari membayar yuran universiti, manakala jurusan lain pengurangan sebanyak 50%. Ada juga Biasiswa dibawah Jabatan Waqaf Turki (Diyanet Waqfe) untuk jurusan Ilahiyyat.