Resepi Makanan Bayi 2: Nasi Ayam Berjagung


Assalamualaikum mommies!

Kali ini saya akan berkongsi resepi berasaskan nasi pula. Saya selalunya tidak ikut sukatan sebenar untuk bahan-bahan dan hanya membuat anggaran. Jadi terpulang pada anda mengenai sukatan bahan. Ia bergantung pada selera anak anda. Boleh lebihkan bahan yang disukai anak; contohnya melebihkan ayam kerana anak suka makan ayam. Bay leaf (apa ye nama melayunya) dan daun parsley diletak untuk memberi bau dan sedikit rasa. Kalau tiada pun tak apa. Boleh juga tukar dengan daun yang lain kalau ada.

Nama sajian: Nasi Ayam Berjagung

Kesesuaian umur: 9 bulan ke atas

Kaedah penyimpanan: Sesuai untuk pembekuan

Kuantiti hidangan: Sesuai untuk  4-5 kali hidangan *Apa-apa pun ia bergantung pada                                                                  selera makan anak anda. Ini hanya anggaran sahaja.

Bahan-bahan:

  1. Sedikit ayam
  2. 1 bay leaf yang digunting kecil-kecil
  3. Sedikit hirisan daun parsley
  4. Sedikit mentega
  5. 1 sudu besar tepung
  6. 1/3 cawan jagung (jagung tin/jagung beku)
  7. Nasi
  • Rebus ayam bersama bay leaf dan hirisan daun parsley sehingga ayam lembut dan masak.
  • Asingkan ayam dari tulangnya. Koyak/potong ayam kecil-kecil dan letak ke tepi. Jangan buang air rebusan tadi.
  • Cairkan mentega, masukkan tepung dan kacau lebih kurang selama 1 minit. Memang akan berketul, jadi jangan risau ye.
  • Masukkan air rebusan sebentar tadi dan biarkan ia mendidih.
  • Masukkan jagung dan biar ia masak beberapa minit.
  • Masukkan ayam tadi dan nasi.
  • Tunggu sejuk sebentar dan boleh dihidangkan pada bayi yang pandai mengunyah. Bagi bayi yang masih belum mahir mengunyah kerana kekurangan gigi, sila kisar makanan tersebut menjadi puri.

SIAP! 😀

arishfood2
Nasi ayam berjagung untuk 5 kali makan Baby Arish. Alhamdulillah ^_^

Selamat mencuba semua.

Love,

Bonda Arish ❤

3 Comments Add yours

  1. intan says:

    good info.. tq for sharing anyway…

    1. UP Firuz says:

      You’re welcome. Now my son is such a fussy eater, it’s hard to feed him.
      huhu.

Leave a comment