Kembara Paris 1:Perancangan Percutian


 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalamualaikum

Kali ini saya akan berkongsi pengalaman dan tips percutian bajet ke Paris dengan anak kecil. Kami melabelkan sesebuah percutian sebagai ‘honeymoon’ jika ia sebuah percutian yang melibatkan perancangan yang teliti. Alhamdulillah ini merupakan honeymoon ketiga kami. Honeymoon pertama sejurus selepas majlis perkahwinan, hanya kami berdua di Pulau Langkawi. Honeymoon kedua di Cameron Highlands semasa saya sedang sarat mengandung. Manakala honeymoon ketiga ini bersama anak berusia 14 bulan. Setiap percutian berbeza lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak tetapi semuanya menyeronokkan, alhamdulillah. ^_^

1) Tarikh

Terpulang pada anda untuk memilih waktu percutian yang sesuai. Perlu diingatkan faktor cuaca penting untuk kita yang tidak biasa dengan cuaca yang berlainan. Saya pilih tarikh seminggu selepas pembentangan proposal PhD supaya saya dapat bercuti dengan fikiran yang tenang. Lagipun saya tidak gemar dengan cuaca sejuk, oleh itu percutian pada bulan Jun (musim panas) adalah yang terbaik untuk saya.

2) Tiket pengangkutan ke Paris

Ada 3 cara untuk pergi ke Paris: kapal terbang, keretapi atau bas.

Saya memilih keretapi kerana ia lebih murah berbanding kapal terbang dan ia lebih cepat berbanding bas (8 jam). Lebih-lebih lagi dengan anak kecil yang tidak tahu duduk diam, saya tidak boleh terlalu lama berada dalam kenderaan.

Alhamdulillah saya mendapat harga yang agak murah untuk tren dari London ke Paris kerana saya membeli tiket tiga bulan lebih awal. Tiket untuk Arish adalah percuma kerana kanak-kanak bawah umur 2 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran. Anda boleh rujuk Eurostar untuk membeli tiket lebih awal.

eurostar

3) Tempat penginapan

Untuk penginapan, saya tempah melalui Booking.com dengan membuat pilihan tempat yang berhampiran stesen keretapi Gare Du Nord dan mempunyai harga yang berpatutan. Saya pilih double bedroom yang mempunyai private bathroom kerana ia lebih sesuai untuk kami yang  ada anak kecil. Bagi yang bujang, mungkin boleh sewa dorm atau bilik yang berkongsi bilik air untuk  mengurangkan kos.

Saya tempah bilik di Grand Hotel Magenta yang terletak kira-kira 4 minit berjalan kaki saja dari stesen Gare Du Nord. Tidak mewah dan tidak terlalu cikai, yang sedang-sedang saja. Hehe. Alhamdulillah lifnya yang kecil itu muat-muat saja dengan stroller Arish.

hotelmag3 hotelmag1hotelmag2

4) Jadual @ itinerary percutian

Nak pergi mana di Paris? Paris ada banyak tempat pelancongan yang menarik sehingga kita naik rambang mata untuk memilih tempat sebab tidak semua yang boleh/sempat dikunjungi. Di sini saya kongsi laman sesawang khas yang akan menyusun jadual perjalanan kita berdasarkan ‘selera’ kita. Sila rujuk Visit a City, ia memang laman sesawang yang sangat bagus untuk perancangan percutian!

Sebagai contoh, saya memilih destinasi Paris dan memilih two days itineraries.

visitacity

Kemudian saya pilih pula Paris with the Kids – 2 Days Plan

pariskids

Taraaaaa! Saya akan dapat jadual percutian yang lengkap dengan masa, lokasi, peta dan maklumat. Saya boleh tambah atau buang mana-mana lokasi percutian dengan menekan Add Attraction. Secara automatik, laman sesawang akan menyusun semula perjalanan kita dengan mengira jarak antara lokasi dan hari yang sesuai (hari pertama atau kedua). Mudahkan?

Di sini saya kongsikan sebahagian daripada jadual percutian kami:day1paris

 

arch

day2paris

5) Makanan

Makanan di Paris memang mahal berbanding London. Satu kebab pun dalam harga €7 sedangkan di London hanya £4. Makanan halal banyak ditemui di kawasan Gare Du Nord dan Sacre Coeur sahaja. Sesiapa yang mahu berjimat dengan lebih banyak, bawalah makanan seperti maggi, roti, sardin, beras dan sebagainya.

???????????????????????????????

Set makanan ini yang ada 2 biji burger, kentang goreng dan air buah pun berharga €8. Huhu~

Tidak semua hotel menyediakan pemanas air seperti hotel kami. Maka bawalah pemanas air atau periuk nasi comel dan jangan lupa INTERNATIONAL PLUG. Kami tidak terlintas langsung tentang perbezaan plug antara Paris dan London, jadi kami tidak boleh menggunakan sebarang alat elektrik. Alhamdulillah cik abe bawa power bank, dan dia charge telefon menggunakan itu saja. Dan pertama kali dalam hidup kami masak maggi menggunakan air panas shower. Hahahaha! Memang terasa kruk! krak! seperti makan keropok mamee monster😀

6) Duit

Terpulang pada anda sebenarnya tentang cara membelanjakan duit. Kami bawa lebih kurang £200/€240 (suami siap-siap tukar duit di London) dan ada duit lebih. Secara umumnya, kami membelanjakan duit untuk makanan, tiket masuk destinasi pelancongan, tiket pengangkutan awam di Paris dan cederamata. Saya akan beritahu secara terperinci tentang pecahan pembelanjaan dalam post seterusnya.

7) Telefon

Suami saya perlukan internet untuk Google Map bagi memudahkan pencarian lokasi di Paris. Ada banyak pilihan talian di Paris tapi suami saya pilih Lebara. Ia mudah didapati di kedai serbaguna yang dipanggil ‘tabac’ dan harganya €9.90. Kami beli di tabac dalam stesen Gare Du Nord itu sendiri. Secara umumnya, ini adalah cara untuk activate simkad Lebara France:

  1. Masukkan simkad ke dalam telefon
  2. Hubungi 2333
  3. Buat pilihan untuk bercakap dengan operator. Jangan risau kerana operator tahu berbahasa Inggeris.
  4. Beri maklumat yang diminta oleh operator termasuk nama, nombor pasport, alamat dan nombor siri simkad yang tertera di bungkusan pakej simkad.
  5. Apabila sudah activate, kita akan dapat rebate sebanyak €5. Minta operator untuk belikan bundle internet 500MB yang bernilai €5.
  6. Buka roaming dan 3g. Tetapkan APN setting seperti berikut:

8) Pengangkutan anak

Seperti di London, ramai juga yang menggunakan stroller bayi di sini. Kalau tidak silap saya, bas di Paris juga ada ruang khas untuk stroller. Walaubagaimanapun, stesen tren (Metro) di Paris tidak mesra stroller. Ada banyak tangga di stesen tren dan tiada lif disediakan.

metroparisKebanyakan pintu masuknya kecil dan mempunyai halangan. Ada pintu khas untuk stroller tetapi kita perlu menekan butang di situ untuk bercakap dengan pegawai dan memintanya bukakan pintu.

metroparis1 Kadangkala cepat saja pintu dibuka tetapi kadangkala lama juga kena tunggu. Ada sekali kami menunggu lama untuk panggilan kami dijawab. Tiba-tiba datang seorang lelaki datang, bercakap dalam bahasa Perancis meminta kami mengundur ke belakang. Sememangnya kami tidak memahami Perancis tetapi kami memahami isyarat tangannya. Terkejut kami apabila melihat dia menendang pintu itu dengan kuat. Pintu terbuka dan kami pun masuk dengan keadaan terpinga-pinga. Ganas juga cara dia menendang pintu. Hehe~

Bagi saya ada 2 pilihan untuk pengangkutan anak dan masing-masing ada pro dan kontranya.

  • Baby Carrier:Mudah untuk bergerak terutamanya di stesen tren (Metro) kerana ada banyak tangga dan pintu masuknya kecil. Walaubagaimanapun, ibu bapa terpaksa menahan sakit pinggang dan bahu akibat menggendong anak seharian lebih-lebih lagi kalau anak beratnya berbelas-belas kilogram seperti Arish. Hehe~ Anak juga akan berasa tidak selesa dikendong terlalu lama terutamanya pada hari yang panas dan di tempat orang ramai.
  • Baby Stroller: Memudahkan pergerakan di tempat lapang dan boleh simpan banyak benda di bawah stroller seperti botol air dan makanan. Mengelakkan daripada sakit otot dan rimas kerana mendukung terlalu lama. Walaubagaimanapun, bersedialah untuk sesi mengangkat berat di stesen tren. Saya rasa macam dah ada ketul-ketul muscle dah ni dek kerana banyak mengangkat stroller dengan cik abe. Hehe~ Kagum saya melihat wanita Perancis yang selamba mengangkat stroller seorang diri naik turun tangga stesen. Tabik! *Standing ovation*

Setakat sini dulu celoteh saya dalam bahagian perancangan percutian. Saya akan bercerita tentang pengalaman harian kami di Paris dan perkara-perkara menarik yang berlaku di post akan datang.

À bientôt! ^_^