Tips Umum untuk Membuat Poster Kajian


Assalamualaikum!

Sejak menjadi pelajar PhD, saya tidak pernah ada pengalaman membentangkan kertas kerja atau poster kajian lagi. Sudah pastilah saya ada hajat untuk mempunyai pengalaman itu tapi entah bila tu….wallahu a’lam😀

Sebelum tiba waktunya saya kena buat poster kajian, lebih baik saya belajar serba sikit tentang caranya, betul tak? Secara kebetulan ada bengkel poster kajian percuma di London School of Hygiene & Tropical Medicine. Dok sibuklah ber’google map‘, rupa-rupanya di belakang SOAS saja. Huhu~ Memang jiran yang tak prihatin saya ni ;p

london_school_of_hygiene_and_tropical_medicine21

Bengkel itu memang sangat bermanfaat buat saya kerana saya tidak ada langsung pengalaman atau info tentang poster kajian. Di sini saya kongsikan serba sikit tips umum untuk penghasilan poster kajian untuk mereka yang masih ‘hijau’ dalam bab ini. Untuk mereka yang sudah berpengalaman, sudi-sudilah kongsikan maklumat dengan kami, budak baru belajar ini.

  • Poster kajian adalah kesimpulan kajian yang dilakukan secara visual. Ia terletak di pertengahan antara kertas kerja dan pembentangan secara lisan.

Ciri-ciri poster yang baik:

  • menarik perhatian dan kemas
  • mudah untuk dibaca
  • menggunakan design dan warna menarik
  • seimbang antara teks dan grafik
  • boleh dibaca dalam masa 5 minit dengan jarak 5 kaki, tajuk poster pula dalam jarak 12 kaki.

Format poster kajian selalunya mengikut format kertas kerja iaitu:

  • Tajuk
  • Nama pengkaji dan nama institusi
  • Pendahuluan
  • Methodology
  • Hasil kajian
  • Perbincangan
  • Kesimpulan
  • Rujukan
  • Penghargaan

Secara umunya, poster kajian terbahagi kepada:

  • [Kajian kuantitatif]: 20% teks, 40% grafik, 40% bahagian kosong
  • [Kajian kualitatif]:    40% teks, 20% grafik, 40% bahagian kosong

Secara umumnya, poster kajian untuk pembentangan seminar akademik boleh dibuat dalam apa jua saiz tetapi orang lebih cenderung membuatnya dalam saiz:

  • A1
  • A0

Jenis tulisan yang perlu dielak adalah:

  • Comic sans
  • Tulisan berhias yang lain

Jenis tulisan popular:

  • Times New Roman
  • Cambria
  • Garamond
  • Palatino

Warna terbaik:

  • Teks hitam atas latar belakang putih
  • Teks hitam atas latar belakang kuning

Warna yang perlu dielak:

  • Hijau atas latar belakang merah
  • Merah atas latar belakang hijau
  • Biru atas latar belakang merah
  • Merah atas latar belakang biru
  • Biru atas latar belakang hitam
  • Hitam atas latar belakang biru
  • Biru atas latar belakang ungu
  • Ungu atas latar belakang biru

Semoga berjaya semua! ^_^