[UPDATED] Pertandingan Poster de Facebook (Dakwah Santai Kreatif)


Assalamualaikum semua!

Bersedia untuk menghadapi pengumuman yang telah diberi ‘hint’ beberapa kali ini? Hehe..

Saya mulakan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim \^o^/

Pertandingan Poster Dakwah de Facebook

Laman rasmi Ustazah Pilihan Firuz di Facebook dengan sukacitanya ingin melancarkan pertandingan poster dakwah berkonsepkan santai dan kreatif (DSK). Dengan niat untuk merancakkan aktiviti dakwah dari pelbagai bidang, pertandingan ini diharapkan dapat menarik seberapa banyak penyertaan untuk menunjukkan sokongan terhadap dakwah. Perlu diingatkan bahawa dakwah tidak terhad kepada golongan ustaz atau ustazah, atau aktiviti di surau sahaja malah ia begitu luas, merangkum erti yang lebih global. Dakwah ialah menyeru kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Inilah masanya untuk kita melihat kreativiti anak muda Islam, generasi yang bakal menggegarkan negara dan dunia Islam secara umumnya, insya Allah. Memandangkan ini pertandingan sulung anjuran laman rasmi UP Firuz, hadiahnya tidaklah terlalu lumayan.  Harapnya para peserta akan melihat betapa banyak ganjaran pahala yang akan diperoleh apabila poster dakwah mereka dibaca dan menyentuh hati orang ramai. Masya Allah! ^_^

Jumlah nilai hadiah untuk pertandingan sulung ini ialah RM500.

Tempat Pertama: RM200

Tempat Kedua:  RM150

Tempat Ketiga: RM100

Saguhati (Poster pilihan ramai): RM50

Pemarkahan poster akan diberi berdasarkan 20 peratus bilangan like dan selebihnya berdasarkan penilaian Ustazah Pilihan Firuz dan beberapa juri jemputan. Diperkenalkan juri jemputan untuk semua! \^O^/

1) Effy Saiful (Blogger)

Effy Saiful adalah seorang blogger merangkap pelajar bidang perubatan di Universiti Al-Azhar, Mesir yang menulis banyak artikel bermanfaat dalam bentuk santai dan kreatif. Anda boleh membaca artikel-artikel menariknya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di:

Blog Paradigm Shift dan Blog Comparative Religion

2) Amie Sofia (Juara Rancangan TV Al-Hijrah, Solehah)

Amie Sofia merupakan juara bagi rancangan Solehah yang ditayangkan di TV Al-Hijrah. Sebagai pelapis bagi pendakwah wanita generasi baru, beliau aktif berdakwah di sana sini, selain aktif menulis untuk ruangan di surat khabar Metro setiap hari Ahad. Beliau telah menghiasi kulit majalah Anis untuk bulan Februari 2012 bersama 2 finalis Solehah yang lain. Jangan lupa dapatkan majalah Anis di pasaran!

Anda boleh menghubungi beliau di:

Facebook Amie Sofia

3) Rashdi Amin (Fotografer)

Rashdi Amin adalah Creative Director bagi PEVEYHACK PHOTORAPHY yang diasaskan oleh dirinya sendiri pada 2006. Beliau akan menilai penyertaan poster dari segi artistik dan kreativiti. Beliau merupakan jurugambar profesional dan berpengalaman luas dalam menghasilkan gambar-gambar yang cantik dan artistik. Cantik kan? (Beliau juga jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan saya kelak, insya Allah ^_^)

Jangan lupa ‘like’ dan lihat hasil karya beliau yang lain di:

Facebook PEVEYHACK PHOTORAPHY

4) Seorang lagi juri istimewa masih dalam proses perundingan. Tunggu dan lihat ye, kawan-kawan? Insya Allah kita juga akan mendapatkan beliau sebagai juri jemputan kita.

[UPDATED]

4) Aiman Azlan (Youtuber dan Blogger)

 

Aiman Azlan adalah seorang pelajar bidang Biologi dan Psikologi di University of Toronto, Canada. Beliau aktif menghasilkan video dakwah yang santai dan kreatif di Youtube. Berikut ialah contoh videonya yang kreatif tentang Ramadhan yang dilakukan bersama Youtuber Anwar Hadi:

Anda boleh mengikuti perkembangannya di:

Blog Aiman Azlan / Laman Rasmi Facebook / Youtube / Twitter

Mari kita baca syarat penyertaan pertandingan poster ini. Jom!

1.Pertandingan mencipta poster DSK (Dakwah Santai Kreatif) ini terbuka kepada semua orang tidak kira di negara mana pun anda berada.

2. Tiada had untuk bilangan penyertaan.

3.  Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

4. Setiap penyertaan boleh dihantar ke emel: upfiruz@gmail.com Poster kemudiannya akan dimuat naik ke album khas di laman rasmi Ustazah Pilihan Firuz di facebook.

5. Poster akan dinilai oleh Ustazah Pilihan Firuz dan juri-juri jemputan. Sebanyak 20 peratus akan dikira berdasarkan bilangan klik ‘like’ dan markah selebihnya  akan dikira berdasarkan markah oleh para juri.

6. Pertandingan akan bermula daripada hari Isnin, 23 Januari 2012 sehingga hari Ahad, 5 Februari 2012.

7.Kriteria poster:

a) Karya hendaklah asli dan segar. Tidak boleh diciplak. Kalau mengambil inspirasi, itu boleh diterima.

b) Poster mestilah mempunyai unsur dakwah. Terpulang kepada kreativiti sendiri untuk menyampaikan mesej dakwah. Tidak semestinya tazkirah panjang lebar, tidak semestinya perlu ada ayat quran dan hadis. Think out of the box, be creative. Yang penting dakwah itu ertinya menyeru ke arah kebaikan , dan meninggalkan kemungkaran.  Walaubagaimanapun ia tidak boleh menyentuh sensitiviti agama dan budaya serta isu sensitif politik.

c) Untuk memastikan kualiti poster yang baik dan cantik, poster boleh dipilih daripada saiz berikut : (1024 x 576), (1280×720), (1792×1008), (2560×1440) pixels.

d) Boleh menggunakan konsep apa saja dalam penghasilan poster seperti penggunaan perisian komputer, gambar yang diambil dari kamera, kolaj dan sebagainya. Be creative!

e) Penghantaran poster tidak boleh ditarik balik. Apabila dihantar, pihak penganjur akan menggunakannya untuk promosi pertandingan dan aktiviti dakwah masa hadapan.

f) Setiap penyertaan poster, perlu ada tagline ‘Dakwah Santai Kreatif’. Terpulang pada anda untuk menentukan kedudukan, saiz, bentuk, warna tulisan tersebut asalkan tagline itu perlu ada pada setiap poster. Ketiadaan tagline dianggap tidak menepati syarat penerimaan pertandingan.

Marilah sertai pertandigan poster ini beramai-ramai! Inilah masanya kita menggunakan kreativiti kita untuk tujuan dakwah. Sebar-sebarkanlah hal pertandingan ini kepada kawan-kawan lain supaya lebih ramai lagi yang dapat menyertainya.

Semoga berjaya semua! Saya menunggu poster anda~ Biitaufiq wannajah!!

11 Comments Add yours

  1. missfifie says:

    EN rashdi amin pun ada…videografer saya masa saya kawin nanti.;)

  2. ct says:

    assalamualaikum…bile agaknye tarikh akhir hantar poster ini ye?

    1. simp13 says:

      6. Pertandingan akan bermula daripada hari Isnin, 23 Januari 2012 sehingga hari Ahad, 5 Februari 2012.

  3. nur iman says:

    ade x spe2 yg bley dihubungi ??

  4. Budak Steady says:

    Salam,nak tanya….Kalau kita hantar gambar melalui EMEL,adakah kita perlu menghantar maklumat diri juga?

  5. nizarazu says:

    wow..menarik.. nak join gak..ekeke

  6. W-Finger says:

    wow..mesti join..terlalu menarik perhatian

  7. Farahliana Mazlan says:

    Dah terlewat nak join..berminat jgk…

  8. adawiyah says:

    bgaimna cara nk join yer?

  9. aliff says:

    saya ingin masuk pertandingan poster 2

Leave a comment