Tawaran Menjadi Mentee untuk Mac 2015


Mentor-Mentee-orange

Assalamualaikum,

Masya Allah! Sejak akhir-akhir ini soalan mengenai biasiswa datang bertali arus ke blog, emel dan laman Facebook. Terima kasih tidak terhingga  atas kesudian bertanyakan soalan kepada saya tetapi saya memohon maaf banyak-banyak kerana tidak mampu menjawab semua soalan. Jika saya berkesempatan untuk menjawab soalan pun, saya akan beri jawapan yang ringkas saja. Harapnya kalian dapat memahami kerana saya ada prioriti lain dalam tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan pelajar PhD.

Walaubagaimanapun, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu. Oleh itu, saya akan membuka tawaran untuk memberi bimbingan pada beberapa orang. Dalam kata lain, saya akan menjadi mentor untuk beberapa orang mentee. Apa itu mentoring?

“Mentoring is to support and encourage people to manage their own learning in order that they may maximize their potential, develop their skills, improve their performance and become the person they want to be.” Eric Parsloe, The Oxford School of Coaching & Mentoring

Saya bukanlah pakar dalam membimbing orang tetapi saya akan cuba berkongsi ilmu dan pengalaman. Tidak kiralah apa jua perkara, contohnya: bimbingan dalam pelajaran bahasa Inggeris atau kemahiran komunikasi atau pencarian biasiswa atau persediaan untuk memohon Masters atau apa saja. Tetapi saya dapat rasakan ‘pencarian biasiswa’ adalah perkara terhangat sekarang memandangkan  tidak lama lagi keputusan SPM akan diumumkan dan tawaran biasiswa akan mula dibuka.

Sesiapa yang terpilih untuk menjadi mentee  akan dibimbing selama sebulan. Insya Allah, setiap bulan saya akan buka tawaran ini untuk memberi peluang pada yang lain pula. Perlu diingatkan yang saya hanya membimbing manakala mentee perlu berusaha sendiri dan bertanggungjawab atas hasil/keputusannya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi mentee saya, bolehlah tulis di bahagian komen di bawah:

  1. Nama sebenar/nama samaran
  2. Jantina
  3. Umur
  4. Lokasi
  5. Perkara yang memerlukan bimbingan. Berikan serba sedikit keterangan mengenainya.

Take care everyone! ^_^