Saringan Pertama Pertandingan Poster Dakwah de Facebook


Assalamualaikum kawan-kawan! ^_^

Apa khabar semua? Semua sihat? Hehe. Rindunya saya pada kalian. Maaf kerana kurang memberi update di Facebook buat beberapa ketika kerana kekangan masa. Sekarang saya baru berpeluang menarik nafas sekejap. Alhamdulillah🙂

Jazakumullahu khairan kathira buat sambutan yang sangat hangat untuk Pertandingan Poster de Facebook. Poster penyertaan sangat mengancam dan berkualiti tinggi. Saya sangat-sangat berbangga melihat anak-anak muda begitu bersemangat menghasilkan poster dakwah yang menarik belaka. Bravo everyone!!

Poster-poster yang dihantar sangat banyak iaitu sebanyak …..871 keping!!! Tepuk tangan untuk diri sendiri. Masya Allah, mabruk!! Sebar-sebarkan poster anda supaya anda dapat mengumpul lebih banyak pahala.😀

Maaf kerana agak lambat memulakan proses penjurian kerana kesempitan waktu. Walaubagaimanapun, alhamdulillah sesi penjurian telah bermula. Oleh sebab poster terlalu banyak, maka saya akan mengadakan beberapa saringan sebelum ke peringkat ‘final’ untuk menentukan pemenang.

Untuk saringan pertama, poster-poster dinilai lebih pada kreativiti, keaslian dan kekemasan. Daripada 871 keping, sebanyak 627 keping poster berjaya melepasi saringan pertama. Tahniah buat yang berjaya, yang tidak berjaya, jangan berputus asa ya? Teruskan berkongsi poster anda kerana pahalanya tidak akan putus🙂

Anda boleh memeriksa status poster anda di sini:

Saringan Pertama (Album 1)

Saringan Pertama (Album 2)

Saringan Pertama (Album 3)

Saringan Pertama (Album 4)

Saringan Pertama (Album 5)

Saringan Pertama (Album 6)

Diingatkan bahawa hadiah untuk saguhati iaitu poster yang mendapat bilangan ‘like’ terbanyak, terbuka pada semua poster. Maksud saya ia terbuka untuk semua poster tidak mengira saringan. Jika satu poster telah tersingkir pada mana-mana saringan, ia tetap layak untuk bertanding mendapatkan hadiah saguhati.😀

Dan untuk meraikan sambutan hangat dalam pertandingan kali ini, saya bercadang untuk menambah kategori anugerah. Hadiahnya bukanlah berupa wang seperti hadiah untuk pemenang-pemenang, tapi sekurang-kurangnya menang untuk satu kategori itu memberi pengiktirafan pada diri sendiri kan? ^_^ Oleh itu, di sini saya harap kawan-kawan dapat memberi cadangan untuk kategori anugerah yang bakal dipertandingkan. Contohnya : Anugerah Poster Paling Comel ke, Anugerah Poster Paling Menginsafkan ke..dan sebagainya. Kawan-kawan, sumbangkanlah idea ye?

Setakat sini dulu post saya untuk kali ini. Tahniah sekali lagi kepada mereka yang melepasi saringan pertama. Tunggu keputusan untuk saringan seterusnya ok?

Jumpa lagi insya Allah. Teruskan dakwah santai kreatif anda!!!

Illalliqa’