Aktiviti Untuk Si Manja: Spaghetti Bouquet


image

Bukan mudah untuk menghiburkan anak kecil lebih-lebih lagi kadar fokus mereka selalunya pendek. Cepat sangat merasa bosan dan mula mencari benda lain untuk diusik. Lainlah kalau beri tab/laptop, melekat terus pada skrin tanpa berkelip-kelip. Hehe~

Di sini saya ingin kongsikan satu permainan mudah untuk anak kecil. Senang saja! Saya namakan permainan ini ‘Spaghetti Bouquet’ atau ‘Jambangan Spaghetti’kerana ia disusun seolah-olah jambangan bunga.

Bahan-bahan:

  1. Beberapa batang spaghetti mentah
  2. Mangkuk penapis atau bekas kosong (Jika sudah ada mangkuk penapis, abaikan bahan nombor 3 dan seterusnya)
  3. Plastik
  4. Getah
  5. Marker pen

Cara-cara:

*Jika anda ada mangkuk penapis, terus saja terbalikkan ia dan suruh anak masukkan spaghetti dalam lubang mangkuk itu. Mudah kan?

  1. Letakkan plastik atas bekas kosong. Pastikan ia tegang
  2. IkatĀ plastik itu di bekas kosong dengan getah
  3. Cucuk beberapa lubang di palstik itu menggunakan batang spaghetti
  4. Lukis bulatan kecil atas setiap tebukan lubang atas plastik supaya anak nampak lubang tersebut
  5. Ajak anak main dengan menyucuk spaghetti menjadi jambangan!

Ibu-bapa kena pantau anak-anak supaya main elok-elok. Jangan pula main cucuk-cucuk mata atau makan spaghetti tu pula. Huhu~

Selamat mencuba!