Jihad Ilmu Bonda


jihadilmubonda

 

Cepat sungguh rasanya 2 minggu berlalu. Dalam tempoh tu lah saya berusaha untuk menolong keluarga memulakan hidup semula di Malaysia setelah 3 tahun menjadi perantau. Memang macam-macam benda kena buat sampai tak menang tangan.

Apakan daya…hari ini (2 Oktober 2016) tiba juga. Selain Awal Muharram dan hari lahir suami tercinta, hari ini juga saya terpaksa berpisah dgn suami dan anak yg masih kecil. Biasiswa sampai 3 tahun saja. Saya tidak mampu lagi untuk membiaya kos kehidupan keluarga di London. Maka saya terpaksa menghantar mereka pulang ke Malaysia.

Sudah menjadi polisi UKM juga untuk saya menghabiskan cuti belajar di London saja, di Malaysia tidak dibenarkan sama sekali. Maka Bonda berendam air mata…bukan tak biasa merantau ke luar negara seorang diri cuma kali ini sayunya lain macam. Lebih-lebih lagi Arish kelihatan begitu manja sekali, mau didukung dan dipeluk saja. Nampak saja saya masuk pintu berlepas, dia menangis mahukan bonda…Allah Allah Allah.

Bonda kira inilah antara kriteria jihad ilmu. Mohon doa daripada semua supaya saya terus kuat.

Papa dan Arish sayang, Bonda pergi dulu. Kita jumpa lagi tahun depan insyaAllah.