2 in 1 Meal Prep


mealprep

Mungkin di mata orang lain, ini makanan orang pemalas. Hehe. Tapi inilah cara penyediaan makanan yang saya amalkan untuk keluarga kecil saya. 2 in 1. Masak sekali, makan 2 hari.; p

Makanan halal memang mudah nak cari di London ni tapi mau rabak poket kalau selalu makan luar. Saya pun nak cuba amalkan healthy eating sebab kena jaga diri sebab dah makin tua uhuk uhuk dan saya ada sejarah kencing manis ketika mengandung dulu. Dan sebagai pelajar PhD saya nak cuba memaksimakan penggunaan masa untuk thesis lagi2 dah tahun ketiga ini. Memang hidang dalam tupperware terus. Senang microwave dan simpan semula nanti. Hehe. Maka, saya buat cara ini ntuk menjimatkan masa, wang dan menjaga pemakanan.

Sistemnya mudah saja. Cuba makan yang mudah dan sihat bersesuaian dgn keluarga. Untuk keluarga saya, ada 3 menu utk satu hidangan:
1) Sup
2) Lauk
3) Sayur

Saya pun masak nasi kosong dan spaghetti kosong sikit untuk persediaan. Buah memang kena ada.

Contohnya dalam gambar ni, dari kanan adalah 1) Sup yg ada sikit ubi dan sebelahnya ada bebola daging yg bole dibubuh dlm sup.
2) Sayur goreng
3) Lobak mentah + mangga + sikit chicken breast yg dimasak + homemade dressing dalam bekas kecik=digabung jadi chicken manggo. Tak gabung awal2 supaya nak kekal fresh.

Tak bosan ke makan benda sama 2 hari utk lunch dan dinner? TAK. Sebab terpulang pada kreativiti sendiri dan boleh jadi macam2 hidangan:

1) spaghetti + sup+ bebola= bakso
2) nasi + sup + daging + sayur
3) chicken mango + nasi
4) chicken mango + spaghetti
5) chicken mango balut dalam lettuce
6) chicken mango + sayur

Dan mcm2 lagi.
Kenyang ke? Macam sikit je?
Insya Allah cukup. Kena makan portion yang bersesuaian dgn badan. Utk sarapan pula, hari2 kami makan overnight oatmeal. Sy mula berjinak2 dgn dunia healthy eating. Antara yg saya belajar:

1) Sebelum makan, minum air sikit supaya perut tak kosong sangat. Barulah tak rakus makan nnti. Hehe
2) Makan sikit2 tapi kerap. Ada sampai 6 kali sehari termasuk snack. Tapi pastikan snack yang sihat dan terkawal makannya.
3) Banyakkan minum air dalam sehari
4) Workout! 15 minit pun jadi la. Buka saja U tube dan ikut. Saya pun masih berusaha bab ni. Dpt 3 kali seminggu pun jadi la.

Yang ini dulu yang saya dapat kongsikan. You are what you eat.Take care everyone!