Personal Phrases File


myphrasebook
Saya ni bukanlah pandai sangat menulis tesis dalam bahasa inggeris. Terkial-kial juga nak membina ayat, lagi-lagi kosa kata tak banyak. Saya ada terjumpa PDF phrasebook di grup DSG di Facebook. Saya tak beberapa selesa nak scroll PDF tu selalu. Jadi saya pun cetak bahagian phrases dan thesaurus dan bubuh dalam file ring binder. Oleh itu jadilah file itu best friend saya. Setiap kali menulis mesti ada file tu di sisi. Rasa puas dapat selak2 helaian phrases tu. Lagi renyuk kertas dek selak kerap sangat, lagi puas hati sebab itu tandanya kita memang manfaatkan betul phrases tu. Hehe.

So, if you think this phrases file suits your style, why don’t you start making your file from now? Good luck everyone!