Tips Mantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris dengan Menonton Youtube


YouTube_logo

Secara umumnya, boleh dikatakan generasi sekarang lebih banyak menonton video Youtube berbanding rancangan televisyen. Betul tak? Daripada menonton video Youtube secara ‘kosong’ saja, apa kata saya kongsikan beberapa tips untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris menerusi Youtube. Nak tak? Hehe~

Memang banyak cara lain untuk menguasai bahasa Inggeris tapi di sini saya mahu kongsi salah satu cara menarik dan santai yang saya sendiri amalkan untuk memantapkan penguasaan Inggeris untuk kegunaan harian dan komunikasi, bukan untuk peperiksaan. Bagi peperiksaan, kena cuba cara lain naaaa…

Jom mula asah bahasa Inggeris kita dengan cara-cara berikut:

  1. Cari video yang diminati di bahagian search. (Tekan gambar kanta pembesar dan taip di situ). Di sini saya beri contoh yang saya mahu belajar cara untuk menghias bilik, maka saya akan taip: DIY Room Decor. Kemudian, tadaaaaaaa~~~anda akan lihat banyak video yang dicadangkan Youtube.
  2. Lihat video kali pertama secara santai. Tengok dulu untuk tahu samada menarik atau tidak. Jika tidak menarik, sila cari video lain. Jika ia menarik perhatian anda, teruskan dengan cara berikutnya.
  3. Lihat video kali kedua untuk mengenalpasti sebarang perkataan yang tidak difahami. Memandangkan ia video di Youtube, mudah saja untuk anda menekan butang ‘pause’ dan ambil masa untuk catat cepat-cepat perkataan yang sukar.
  4. Cari makna perkataan yang tidak difahami itu. Alang-alang di depan komputer/laptop/telefon, buka saja online dictionary. Jangan malas naaaa…hehe
  5. Lihat video kali ketiga untuk belajar cara menyebut perkataan, lenggang bahasa, gaya bahasa badan dan sebagainya. Cuba belajar cara Youtuber itu menyebut perkataan, menyusun ayat, riak muka dan lain-lain lagi. Dari sini anda juga dapat belajar cara untuk public speaking. Ulang cara-cara ini untuk video yang lain. Lama-lama anda akan terbiasa dan anda cuma perlu menonton video satu kali saja untuk memahami isi kandungan video tersebut.
  6. Langgan mana-mana channel video yang diminati. Tekan butang ‘subscribe‘ dan anda akan mendapat notifikasi setiap kali Youtuber tersebut menghasilkan video baru. Selalunya Youtuber yang mempunyai ramai pengikut akan rajin menghasilkan video, mungkin satu video atau lebih untuk setiap minggu.
  7. Kumpul video-video yang disukai dalam playlist peribadi anda. Jika anda mempunyai akaun Youtube (tak semestinya anda perlu menghasilkan video untuk membuka akaun Youtube), anda boleh create playlist dan kumpul seberapa banyak video kesukaan anda.
  8. Pasang saja playlist tersebut ketika anda sedang membuat apa-apa aktiviti lain. Ini cara yang baik untuk membiasakan telinga anda dengan bahasa Inggeris. Anda tidak perlu fokus atau memberi sepenuh perhatian pada video tersebut. Pasang saja untuk memberi ‘latihan’ pada telinga anda.

Ini saja perkongsian saya untuk kali ini. Lepas berlatih penguasaan bahasa Inggeris dengan menonton atau mendengar video Youtube, anda boleh juga berlatih bercakap bahasa Inggeris dengan kawan-kawan lain. Atau cuba ‘push‘ diri anda dengan cuba menghasilkan video Youtube sendiri?

Saya sendiri pernah menghasilkan video Youtube ketika zaman muda-muda dulu. Memang tak reti nak buat masa tu, muka pun nampak gedabak dalam skrin, orang tak pandai shooting dan editing la katakan…hehe~

Tapi apa salahnya mencuba dan belajar sedikit demi sedikit, betul tak? Saya harap ramai lagi orang Malaysia akan menghasilkan video Youtube yang bermanfaat dan berkualiti. Saya nanti insya Allah, satu hari nanti nak buat balik video Youtube.🙂

Jom tengok Youtube dan mantapkan bahasa Inggeris kita sekarang! ^_^