Teka Silangkata (Tema: Sejarah Palestin)


Assalamualaikum 😀

Sebelum ini saya ada kongsikan permainan Bahasa Arab yang dihasilkan oleh pelajar saya. Kini saya ingin kongsikan pula permainan umum yang boleh dibuat dalam kelas supaya sesi pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Saya telah memberi kerja untuk para pelajar saya untuk mencipta teka silangkata dengan tema yang umum dan alhamdulillah, mereka telah menghasilkan teka silangkata yang kreatif dan menarik. ^_^

Di blog ini, saya akan kongsikan hasil kerja anak murid saya supaya ia dapat dimanfaatkan bersama-sama. Mudah-mudahan para pelajar saya akan mendapat pahala berterusan apabila hasil kerja mereka digunakan untuk menyemarakkan lagi pembelajaran Bahasa Arab.

Sesiapa yang menggunakan hasil kerja ini untuk sesi pengajaran, harapnya dapat beritahu dengan meninggalkan komen di bawah atau emel di upfiruz@gmail.com supaya saya dapat membuat pemerhatian mengenai keberkesanan permainan dalam pengajaran Bahasa Arab. Syukran jazilan 😀

Karya: Mohd Syukri bin Syawal

SejPalestin

Melintang :

  1. Perang Arab-Israel 1973 dikenali dengan nama?.
  2. Siapakah Perdana Menteri Israel pada tahun 1973?.
  3. Siapakah presiden yang memerintah Mesir ketika era perang Arab-Israel 1973?.
  4. Nabi berketurunan Yahudi.
  5. Raja ketika era nabi Daud.

Ke bawah :

  1. Siapakah yang mengetuai peperangan Arab-Israel 1973?.
  2. Ketua tentera bukan bangsa Arab yang membuka Palestin.
  3. Tulisan Melayu yang menyerupai tulisan Arab.
  4. Gelaran Ibn Hajar penulis/penyair zaman kemunduran kesusasteraan Arab.
  5. Pengasas Gerakan Zionisme.

Jawapan:

SejPalestinJwpn

Selamat mencuba!