Makmal Masakan 4: Pisang Goreng Perantau


Sebagai makanan ringan kegemaran rakyat Malaysia,pisang goreng amat mudah didapati di Malaysia. Boleh masak sendiri atau boleh juga dibeli di tepi jalan. Malah terbaru dengar kata ada pisang goreng keju pulaaaa. Haaa..itu saya tak pernah rasa lagi.

Bagaimana pula dengan anak Malaysia di perantauan yang kempunan mahu makan pisang goreng? Nak beli? Memang tiada sesiapa yang menjualnya. Nak buat sendiri? Eh, bukan mudah nak mendapatkan pisang untuk digoreng! Pisang untuk dimakan memang mudah jumpa tetapi ia sama sekali tidak boleh digoreng. Tapi kalau nak cuba buat eksperimen, silalah. Nanti dapat pisang lembik basah berisi minyak ;p

Jika pilih pisang berwarna hijau, yang masih belum ranum, boleh juga. Nanti dapat pisang yang agak kelat dan sudah semestinya tidak manis. Jadi takkan nak lupakan saja hajat di hati? Oh tidak! Di sini saya beri contoh cara pembelian di tempat saya ya, iaitu di London.

Sebenarnya pisang untuk digoreng namanya ‘PLANTAIN’ bukannya ‘BANANA.’ Jika kita beritahu orang kedai, kita mahukan ‘banana’ mereka akan tunjukkan pisang untuk dimakan itu saja. Oleh itu, carilah PLANTAIN untuk dijadikan pisang goreng atau cekodok. Di kedai tempat saya, PLANTAIN selalunya diletakkan dalam kotak di bahagian bawah, warnanya kuning dan kehitam-hitaman sedikit. Hitam tu bukan maksudnya dah rosak/busuk ye, memang cenggitu warnanya. Buahnya memang besar. Satu biji boleh dipotong kecil-kecil, boleh dapat kira-kira satu pinggan pisang goreng.

plantain

PLANTAIN untuk membuat pisang goreng. Jangan beli BANANA!

plantainVSbanana

Kalau ikutkan hati, memang nak guna tepung pisang goreng ADABI saja sebab memang rangup dan sedap. Tapi apakan daya, mana boleh dapat selalu. Maka perlulah buat acuan sendiri. Alhamdulillah, Kak Fiza yang sudah pulang ke Malaysia, sempat menurunkan ilmu pisang gorengnya pada saya. Hehe~ Terima kasih Kak Fiza!

Bahan-bahan

  1. Tepung beras (rice flour)
  2. Tepung gandum
  3. Gula atau susu pekat manis
  4. Sedikit garam
  5. Baking powder
  6. Pewarna kuning (optional)
  7. Air biasa
  8. Air panas atau air suam

Cara-cara

  1. Campur tepung. Tepung beras kena lebih sesudu daripada tepung gandum.
  2. Campur baking powder, susu pekat manis/gula, garam, pewarna (optional).
  3. Campur sedikit air biasa, kacau supaya tepung basah. Kemudian cmpur air panas. Jangan banyak sangat air, nanti tepung tak melekat pada plantain. Jangan likat sangat, nanti ketul-ketul pula. Yang sedang-sedang sajašŸ˜€.
  4. Goreng dan makaaaaan!

Cubalah! Insya Allah dapat pisang goreng yang rangup. Selamat mencuba!

gorengpisang

Tadaaa! Pisang goreng perantau!