Akhirnya….Travelog ke-13. Alhamdulillah!


travelog13

Membaca travelog ke-13. Alhamdulillah ^_^

Alhamdulillah, kini tiba giliran membuat bacaan mendalam bagi sumber primer terakhir atau travelog yang ke-13 : Pengembaraan Haji Sayyah, seorang pengembara Parsi.

Cabaran kalI ini, ada orang pinjam buku ini, masih belum pulang-pulangkan lagi. Maka saya terpaksa pergi ke British Library (tak boleh pinjam buku di sini) dan scan satu persatu. Baru scan 100 halaman, nanti sambung lagi 200 halaman.

Prof tanya kenapa 13 travelog? Nombor suwey tu katanya. Huhu Prof…Prof..ok lah. Biar saya baca 13 buku dan nanti saya buang 1 jadi 12.

Mohon kawan-kawan doakan perjuangan saya ya. Bersemangat nak masuk tahun 3 pada September ini insya Allah. Berkobar-kobar nak menulis tesis ni. Hehe. Mana tau kot-kot boleh siap PhD on track ke…ecewah ;p