Aidilfitri 1436H/2015 di London : Raya Hari Ketiga


ThirdRaya

Aidilfitri 2015 Hari Ketiga

Untuk hari ketiga aidilfitri, kami telah dijemput oleh kawan cik abe untuk sesi makan-makan di rumahnya di Shepherd Bush. Saya teruja untuk pergi ke rumahnya kerana isterinya merupakan pengasuh Arish  dan anak perempuannya, Wafa sangat comel dan merupakan kawan gelak dan menangis Arish.

Rasa canggung pula jika pergi ke rumah mereka dengan tangan kosong, jadi kami bercadang untuk membeli sekotak aiskrim dan sekotak kon aiskrim di Morrisson. Kira-kira pukul 11 pagi, kami pergi ke Morisson dan sempat singgah ke karnival kecil Acton yang kebetulan diadakan berdekatan situ. Ia satu acara untuk perniagaan kecil tempatan, jadi…..they did sell random stuffs. Hehe~ Pelik juga tetapi ia merupakan sokongan pihak atasan untuk rakyat setempat. Tidak ketinggalan juga pertunjukan muzik kecil-kecilan untuk menghiburkan para pengunjung.

Kami hanya pusing sekali saja, beli barang di Morisson dan pulang ke rumah untuk bersiap sedia bagi jemputan makan setelah solat Zohor. Seperti biasa, kami tetamu pertama yang tiba.😀  Alhamdulillah, rasa puas dapat menjamah juadah tradisional Malaysia di perantauan.

Makin lama, makin ramai yang tiba dan sebagai tetamu pertama kami pun minta diri, lebih-lebih lagi rumah itu comel saja saiznya. Tapi….takkan nak terus pulang ke rumah kan? Hehe~ Kami singgah ke taman permainan berdekatan dan biar peluang Arish untuk melepaskan gian bermain sepuas-puasnya. Arish puas bermain tetapi dia ajak papa juga untuk bermain dengannya. Bonda hanya duduk menjadi pemerhati. ^_^

Setelah hampir sejam, kami bercadang untuk singgah di Westfield, sebuah gedung membeli belah yang besar, berdekatan dengan taman permainan itu. Kami singgah di kedai Lego dan beri peluang Arish untuk bermain Lego pula. Waaah, nampaknya hari ini hari Arish bermain sampai penat!

Alhamdulillah begitulah bagaimanan kami menyambut raya ketiga dengan cara kami ini di London. Bagi saya, tamatlah sudah cuti raya dan esok bermulalah kembali perjuangan serius saya untuk PhD. Vacation is oveeeeeer~