Aidilfitri 1436H/2015 di London : Raya Hari Kedua


Second Raya

Hari Kedua Raya

Awal-awal lagi kami telah dijemput untuk menghadiri jamuan potluck raya di Ducane. Ramai pelajar Malaysia yang berkeluarga tinggal di kawasan Ducane, jika tidak silap lebih kurang 20 keluarga. Mungkin sekarang bilangan mereka sudah makin sedikit kerana ada yang sudah tamat pengajian dan faktor kenaikan harga sewa rumah. Hehe~

Saya memakai jubah Bella Ammara dari koleksi Rosie Jubah yang dibeli sempena jualan murah akhir tahun lepas.Selendang pula sempat saya beli di ebay 2 hari sebelum raya. Cik abe pula memakai baju melayu ketika majlis perkahwinan kami. Hanya Arish saja yang memakai baju baru yang dibeli di Primark, kedai pakaian kegemaran saya.😀

Kami ingatkan kami sudah terlewat tetapi rupa-rupanya kami antara yang terawal datang. Meja makanan disediakan di luar untuk menyediakan ruang lebih besar bagi keselesaan semua. Memandangkan ini potluck (semua orang dikehendaki membawa serba sikit makanan), saya menyediakan kepak ayam berperisa BBQ dan tikka, serta percubaan pertama membuat cakepop. Alhamdulillah!❤

Sebuah trampoline besar disediakan untuk permainan kanak-kanak tetapi Arish gayat pula. Puas dukung dia supaya bermain bersama kanak-kanak lain tetapi dia tetap merengek meminta untuk diturunkan. Masih kecil barangkali, takut tinggi. Hehe~

Lama juga kami bersantai di situ, dari pukul 2.30 petang sehingga lebih kurang pukul 5.30 petang. Penat seharian bersosial dengan kawan-kawan Malaysia, kami pulang dengna hati yang gembira dan sudah pastinya bekalan makanan yang telah selamat dibungkus.😀