Aidilfitri 1436H/2015 di London : Raya Hari Pertama


Assalamualaikum,

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin! \^0^/

Alhamdulillah kita berjaya mengharungi 29 hari berpuasa pada bulan mulia, Ramadhan, Kini tiba masanya untuk kita meraikan kejayaan itu.

Tahun ini merupakan tahun ke 9 saya beraya di perantauan, Oleh itu, saya sudah biasa beraya seadanya dengan apa yang ada saja. Hehe~First rayaPagi-pagi lagi saya bangun untuk menyediakan sarapan dengan juadah raya yang kebanyakannya segera, ;p Alhamdulillah kebanyakan makanan Malaysia segera ada dijual di kedai oriental di sini, Maka taklah mengidam sangat kami pada pagi raya.😀

Arish saja yang bergaya dengan baju melayu baru yang dibawa khas oleh Paksu dan Maksu yang bertandang ke rumah kami pada Jun lepas. Saya ‘kitar semula’ jubah beberapa tahun lepas manakala cik abe memakai jubah yang dihadiahkan oleh Halim dari Turki.

Kami menunaikan solat sunat aidilfitri di masjid Acton, berdekatan dengan rumah. Memang ramai yang datang bersolat di masjid ini sehingga masjid menyediakan 3 slot untuk solat raya: 8 pagi, 9 pagi dan 10 pagi. Kami memilih untuk solat pada slot kedua.

Selesai solat, kami terus singgah di Costa Coffee untuk menghubungi keluarga di Malaysia sambil menikmati kopi dan muffin. Kemudian kami terus pulang ke rumah dan duduk berehat sebentar.

Setelah solat zohor, kami mengambil keputusan untuk membawa Arish menonton wayang buat kali pertama. Risau juga jika Arish rimas di dalam panggung wayang atau lebih teruk lagi, menangis atau ‘mengamuk.’ Waaah, tak sangka Arish meminati ‘Minion! Boleh pula dia ketawa dan bertepuk tangan ketika menonton. Oh, anak bonda dah besar, boleh faham tengok cerita!

Itulah dia raya pertama kami. Such a simple celebration and a cosy, comfortable family moment. Alhamdulillah!❤