Menu Iftar Perantau Berkeluarga : 4 Ramadhan


Hari Ahad ni kami mengunjungi kedai untuk membeli bahan masakan untuk stok seminggu. Kalau boleh saya tak mahu keluar waktu puasa ni. Nak duduk rumah je. Hehe~

Cik abe pun ada beli kipas untuk rumah kami. Alhamdulillah, musim panas secara rasminya bermula pada hari ini, jadi amat sesuailah kipas itu ye cik abe. ;D Sebelum ini kami memasang pemanas, sekarang sudah tiba masanya untuk berkipas.

Baiklah, kita kembali ke topik asal. Menu iftar hari ini ialah:

1. Nasi putih

daginghitam

2. Daging hitam black pepper

sambalterung

3. Sambal terung ikan bilis

croissantpuding

4. Croissant puding. Croissant di sini sangat murah, jadi memang mudah nak buat puding ni.

supcrabstick1

5. Sup crabstick Chinese style oleh cik abe. Kepakarannya ni, memang sedap. hehe~

6. Tempura cendawan dan seaweed. Guna saki baki cendawan dan seaweed dari masakan terdahulu.

Alhamdulillah!❤