Menu Iftar Perantau Berkeluarga : 2 Ramadhan


Di London, kami berbuka puasa lebih kurang pukul 9.25 malam, jadi saya akan mula masuk dapur dalam pukul 6.30 pm atau 7 pm. Saya memang masak dalam keadaan santai dan relax saja, tak terburu-buru. Lambat lagi nak buka puasa. Hehe~

Untuk hari kedua, kami ‘kitar semula’ makanan semalam dan ada juga masak juadah baru:

1. Ayam masak merah

2. Sawi goreng campur

3. Sup seaweed campur daging Korean style

4. Smoothie strawberi

nasigorengtelur

5. Nasi goreng telur oleh cik abe. Nasi kuning semalam campur dengan nasi putih yang berlebihan sebelum ni, jadilah nasi goreng. Hehe~

sausagenugget

6. Sosej dan nugget. Cik abe terpengaruh dengan food vlogger Mark Wayne yang makan sosej balut dengan lettuce. Sedap juga makan macam tu.

7. Goreng pisang rangup

Alhamdulillah!❤