Menu Iftar Perantau Berkeluarga : 1 Ramadhan


Alhamdulillah kita dikurniakan nikmat untuk menikmati Ramadhan lagi tahun ini. Semoga kita dapat memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya.

Setiap hari para isteri akan ligat memikirkan menu iftar untuk keluarga tersayang. Jika di Malaysia, ada juga peluang untuk membeli makanan di bazar Ramadhan. Mereka yang tinggal di perantauan pula harus memasak setiap hari untuk iftar sekeluarga.

Untuk tahun ini, cik abe sarankan supaya saya masak dalam kuantiti banyak. Jadi satu hidangan itu boleh dibawa ke hari-hari lain untuk meringankan kerja saya sekaligus memberi saya lebih peluang untuk aktiviti lain seperti membaca Quran atau menelaah buku untuk PhD. Cik abe juga rajin membantu di dapur, malah dia turut menyediakan beberapa hidangan. Oh terima kasih cik abe! T_T

Memandangkan selera makan kami agak ‘antarabangsa’, saya akan mencampurkan pelbagai jenis hidangan ketika iftar tetapi sudah pasti lebih banyak Melayunya. hehe~ Saya faham kadang-kadang naik runsing para isteri apabila kebuntuan dalam memikirkan menu iftar yang sesuai. Oleh itu, di sini saya akan kongsikan menu iftar keluarga supaya dapat memberi inspirasi atau idea pada para wanita yang lain. Kita orang perempuan pun banyak dapat pahala dalam menyediakan juadah iftar untuk keluarga tercinta tau!❤ Jom sama-sama kumpul pahala sebanyak mungkin ^_^

Untuk menyambut ketibaan hari pertama Ramadhan, kami menyediakan juadah istimewa:

1. Nasi kuning

ayammerah

2. Ayam masak merah

sawigoreng

3. Sawi goreng campur

  1. supcrabstick

    4. Sup crabstick chinese style oleh cik abe

    kuihkeria

    Kuih keria London yang dibancuh oleh saya , diuli dan digoreng oleh cik abe. Hehe~

    Alhamdulillah!❤