Ramadan Legacy App


The-Revolutionary-Ramadan-App-You-Must-Know-About-Ramadan-Legacy-600

Buat pertama kalinya, sebuah aplikasi khas untuk Ramadhan diperkenalkan iaitu Ramadan Legacy. Saya sendiri ada menggunakannya dan bagi saya ia amat berguna dan menarik buat mereka yang mahu memanfaatkan Ramadhan sebaik-baiknya.

Masuk saja dalam aplikasi itu buat pertama kali, kita akan ditanya tentang 3 target yang mahu dicapai dalam Ramadhan ini. Kemudian kita akan dibawa ke halaman utama.

Ada 5 bahagian dalam aplikasi tersebut:

RamadanLegacy

  1. Ramadan Planner: Dalam bahagian ini kita boleh merancang hari kita termasuk puasa, solat fardhu, bacaan Quran, solat terawih, satu doa, ayat Quran dan hadis setiap hari (mereka dah pilih dan sediakan, kita hanya baca atau hafal saja).
  2. Ramadan Journal: Bahagian ini seperti diari dan kita boleh tulis pengalaman atau pandangan kita. Share pada dunia juga jika mahu. legacyboard
  3. Ramadan Legacy Board: Ia merupakan ‘laporan kemajuan’ kita. Di situ kita akan nampak hasil pencapaian kita untuk semua aktiviti.
  4. Ramadan Reflections: Semua orang yang menggunakan aplikasi ini boleh menghantar ‘status’ atau ‘gambar’ berkenaan Ramadan secara langsung. Agak menarik membaca pandangan tentang Ramadhan daripada Muslim seluruh dunia. Kita tidak boleh memberi komen, hanya boleh tekan ‘like’ saja.
  5. Ramadan Companions: Ini untuk mendapatkan kawan bagi sama-sama memotivasikan diri untuk Ramadhan. Saya tak pasti sangat tentang bahagian ini.

Kalau berminat, aplikasi ini boleh didapati secara percuma di Google Play/Apple App Store.

Apa lagi? Jom cuba download dan guna ^_^

Selamat menempuh Ramadhan dengan penuh keberkatan.❤