Ramadhan Battle Plan 2015


SONY DSC

Ramadhan Battle Plan 2015

Setiap kali tahun baru menjelang, kita selalunya berazam untuk berusaha  menjadikan ia tahun yang awesome. Macam mana pula dengan Ramadhan? Ada tak kita berazam untuk menjadikan Ramadhan itu awesome juga? Atau kita sekadar berpuasa dan menghitung hari tak sabar nak menyambut Syawal?

Kita semua tahu bahawa Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan ia merupakan peluang Allah beri kita untuk menjana pahala sebanyak-banyaknya, Apa kata kalau kita betul-betul buat sesuatu untuk manfaatkan Ramadhan sebaik-baiknya? Kalau kita cakap nanti-nanti-nanti, tengok-tengok dah habis 30 hari Ramadhan. Oh sayangnya~

Di sini saya ingin kongsikan sesuatu yang saya rasa sangat-sangat menarik dan boleh membantu untuk kita serius dalam mendapatkan Ramadhan yang berkualiti. Maria Islam dari USA telah mencipta sebuah buku perancangan Ramadhan yang sangat bagus bernama Ramadhan Battle Plan. Masya Allah, memang saya jatuh cinta dengan hasil usaha beliau! Semoga Allah limpahkan pahala berterusan buatnya.

Kawan-kawan boleh tengok video mengenai buku itu di video ini:

Dan juga boleh lihat pandangan wanita ini mengenai buku itu:

Menarik kan? Jika anda berminat, anda boleh mendapatkan buku ini secara PERCUMA di sini: Ramadhan Battle Plan 2015

Saya pun telah print di universiti dan saya masukkan ia dalam ring binder file.

Jom kita cuba gunakan buku ini untuk dapatkan Ramadhan yang berkualiti, insya Allah!

Let’s do it!!!