Jamuan Usrah di Ambang Ramadhan


usrahmembers

Alhamdulillah, di London saya berpeluang mengikuti usrah bersama kawan-kawan Malaysia yang lain. Selalunya kami akan berjumpa sekali setiap 2 minggu bergilir-gilir di rumah setiap ahli usrah. Pada hari ini, sesi usrah kami agak istimewa kerana kami adakan sekali jamuan BBQ sempena menyambut ketibaan Ramdhan yang mulia.

Kami sama-sama berbincang tentang topik puasa berdasarkan buku Dasar-Dasar Islam oleh Abu A’la al-Maududi. Di sini saya kongsikan sedikit ilmu yang didapati daripada buku tersebut:

Mengapa puasa diwajibkan?

  1. Tujuan penghambaan seumur hidup kepada Tuhan
  2. Ibadat: latihan penghambaan
  3. Puasa adalah ‘ibadat yang tersembunyi’.
  4. Puasa: Tanda kekuatan iman
  5. Latihan terus menerus sebulan penuh
  6. Latihan kepatuhan yang lama
  7. Situasi persekitaran yang sangat menunjang untuk latihan

Setelah sesi usrah di Barking, kami pun memulakan acara yang disukai ramai: makan-makan. Hehe. Tuan rumah, Kak Fizah menyediakan ayam bakar dan bihun manakala kami semua membawa makanan serba sedikit. Apabila dikumpulkan di atas meja, memang jadi banyak. Alhamdulillah!

usrahpartyfood

usrahparty

Orang lain sibuk menjamu selera, tak sedar pun kamera. Arish sorang je yang senyum untuk jurugambar. hehehe~

 

Selamat bertemu Ramadhan semua~❤