Jualan Murah Barangan Kanak-Kanak Terpakai di London


Di United Kingdom, budaya jualan barangan terpakai memang meluas dan saya pun tidak mahu melepaskan peluang ini kerana barangan terpakai mereka memang murah dan selalunya masih elok. Jadi saya pun cuba mencari sesi jualan baragan terpakai khas untuk kanak-kanak yang berdekatan dengan tempat tinggal saya. Akhirnya saya terjumpa Baby & Children’s Market London-Brent and Ealing di Facebook dan betapa gembiranya saya melihat sesi jualan seterusnya akan berlangsung tidak lama lagi. Tanpa melengahkan masa, saya mengesahkan kehadiran saya di bahagian event Facebook dan terus mencari maklumat tentang jualan berkenaan.

Rupa-rupanya jualan itu diadakan di sebuah sekolah rendah, Salusbury Primary School bersebelahan dengan Queen Park’s Market. Tempoh jualan adalah dari 10.30 pagi sehingga 1.30 petang sahaja. Bayaran masuk adalah GBP 1 untuk orang dewasa yang berkunjung antara 10.30 am dan 12.30 pm. Selepas 12,30 pm kemasukan adalah percuma untuk orang dewasa. Kanak-kanak pula tidak dikenakan bayaran.

Jadi, pada hari Ahad yang lepas, (24 Mei 2015) saya dan keluarga telah meluangkan masa untuk menghadiri jualan tersebut. Mula-mula kami terkeliru kerana Queen Park’s Market memang betul-betul bersebalahan bangunan sesi jualan barangan kanak-kanak. Kami sempat pusing di kawasan pasar sebelum nampak pintu masuk ke jualan kanak-kanak itu. Setelah membayar GBP2 untuk saya dan suami, saya terus pusing melihat barangan yang ada. Macam-macam ada, dari baju, buku, mainan, malah ada juga aktiviti kanak-kanak secara percuma. Cik abe dan Arish menyertai acara percuma tersebut, menari, menyanyi, memasak dan lain-lain lagi.

Saya sudah pasti sibuk membeli barangan Arish. Waaa, gembiranya saya melihat barangan yang masih elok dan murah! Ada penjual menyediakan sebaldi penuh pakaian yang berharga 50p setiap satu. Apalagi? Saya pun terus ‘mengorek’ pakaian dalam baldi itu untuk mendapatkan baju yang sesuai untuk Arish. Alhamdulillah dengan membelanjakan GBP15, saya dapat membeli:

  1. 3 helai jeans
  2. 2 baju sejuk
  3. 6 t-shirts
  4. 4 buku kulit tebal untuk kanak-kanak

It’s a great deal, isn’t it?😉

arishbooks

Setiap buku berharga 50p. Murahkan?😀

bajuarish

Ada 2 t-shirt yang tiada dalam gambar sebab dah pakai. Hehe~ Masih elok lagi kan baju-baju ni?