Suka Duka Pengalaman Menjadi Ibu


motherhoodexperience

Secara jujurnya, menjadi seorang ibu memang memenatkan dan mencabar tetapi itu jugalah saat-saat paling indah bagi seorang wanita. Ketika ini, rasa sgt berterima kasih dan terhutang budi pada ibu dan semestinya pada bapa.

Jom kita doakan kesejahteraan ibu bapa kita:
Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada-Mu dan sungguh aku termasuk orang muslim. (AL-Ahqaf 15)

Jom kita doakan kesejahteraan anak-anak kita:
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128

Dan pada mereka yg belum berkahwin/sedang cuba mendapatkan anak setelah berkahwin/sudah ada anak, jom kita doa ni:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.(Al-Imran 38)