Pahit Manis Kehidupan di Korea


kazokubanner-pengalaman

monghanyojakomik

Puding karamel ni dalam manisnya ada juga rasa pahit yang tersembunyi. Macam itu juga kehidupan di Korea. Manis di Korea ibarat kecanggihan dan kemodenan yang membuat hidupku menjadi mudah dan selesa dan fantastik dan bombastik. Walaupun begitu kepahitan tetap terasa apabila kemanisan teknologi itu membuatkan manusia moden sangat sibuk mengejar dunia sahaja.

pudingkaramel

Makan puding karamel kak Hanun bagi sambil baca buku

CJinternationalHouse

Bangunan : CJ International House. Asrama menetap yang paling baru. Harga mahal tetapi sangat selesa. Tanjong Malim tetap di hati. Heeee.

roadinkorea

Trjemahan : Jalan yang menghubungkan kau dan aku. – Pesta di musim luruh. – Menyertai aktiviti kelab P/s: Menyertai aktiviti kelab di Korea sangat seronok. Tetapi tidak seseronok berhubung dengan Muslim yang lain.

Saya belajar di fakulti Sains kehidupan (Life Science) di bawah major Sains Makanan. Saya memang minat dengan makanan ni😉. Lagi2 bab makan. Tetapi apabila saya seorang sahaja pelajar asing ijazah sarjana muda di fakulti ni membuatkan hidup agak tertekan.

-Waktu masuk kelas semua orang akan pandang pelik dan itu adalah perkara biasa. Majoriti mereka menyangka saya berasal dari India atau Bangladesh dan itu memang perkara luar biasa bagi diri ini.

-Walaupun kelas yang saya masuk itu kelas yang didaftarkan sebagai kelas bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran tetapi hampir 98% akan tetap diajar dalam bahasa Korea disebabkan saya minoriti TT.

Tidak boleh disangkal la saya memang dah lama belajar bahasa Korea. Kalau bab perbualan kehidupan seharian semua itu memang mahir🙂. Yang menjadi susahnya kalau sudah masuk istilah saintifik. Saya terpaksa berpatah balik dari sifar segala istilah itu. Justeru  memasuki kelas medium bahasa Inggeris sangatlah dinanti-nantikan. ^^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Dalam kemurungan di dalam kampus ada juga keriangan yang disulam di sini.

-Kawan baik Korea😉

Sebilangan mereka sangat baik terhadap saya . Saya sering ada masalah mengenai sistem Korea yang kadang- kadang memerlukan bantuan mereka. TANPA BERTANGGUH mereka terus tolong saya.

– Alhamdulillah Takbir ! Semakin ramai Muslim dan gadis berhijab yang memasuki Universiti Korea. Mereka termasuklah dari kalangan rakyat Malaysia dan negara-negara yang lain ^^. Sangat riang gembira tertawa apabila seorang dua antara mereka adalah pelajar sains kehidupan. Pheeww~ I’ve got my back up..

I enjoy sharing my stories

As I do my friends

Asking that you could wait

For some other stories soon

Stay tune..