Tips Menginterpretasi Teks


kcl-kings_india_instit_mg_4463

Pada Februari yang lepas, saya ada menghadiri bengkel ‘Interpreting Text’ yang diadakan di King’s College London. Saya begitu teruja untuk menghadiri bengkel percuma itu kerana saya sedang mencari ilmu untuk proses analisis data saya kelak. Saya suka dengan cara penyampaian Dr. Andrian Blau yang menggabungkan ilmu teori dan praktikal dalam bengkel tersebut. Barulah nampak jelas cara untuk menginterpretasi teks.

Di sini saya kongsikan beberapa tips penting yang saya dapat dari bengkel tersebut. Semoga bermanfaat!

  • Perlu tahu bezakan antara idea/konsep teks dan pendapat peribadi penulis.
  • Adakah kita perlu mencari maksud tersirat penulis di dalam teks? Tidak semestinya. Terpulang pada kajian masing-masing.
  • Walaupun penulis ada memberi definisi terhadap sesuatu idea, tidak semestinya ia betul.
  • Minda dan corak pemikiran penulis mungkin berubah mengikut beberapa peringkat yang berbeza.
  • Ingat, sumber primer selalunya susah untuk dihadam dan sumber sekunder tidak lepas dari cacat cela.
  • Amaran 1: Jangan terlalu bergantung pada interpretasi orang lain dalam menilai sumber primer.
  • Amaran 2: Apabila buat rujukan terhadap sumber primer, jangan lupa untuk sertakan nombor mukasurat dalam teks.
  • Amaran 3: Jangan berat sebelah dalam merujuk teks. Jangan terlalu fokus pada teks yang disukai sahaja.
  • Amaran 4: Jangan jadi ‘banduan’ dalam penterjemahan teks daripada bahasa lain.
  • Cuba untuk kurangkan/laporkan segala ketidakpastian yang dijumpai dalam teks. Kajian kuantitatif selalunya bersifat objektif, manakala kajian kualitatif selalunya bersifat subjektif.
  • Beri pendapat yang jujur tentang sebarang ketidakpastian yang wujud dalam teks.
  • Amaran 5: Jangan sekadar buat laporan. Terangkan pendapat anda bersama-sama dengan sokongan bukti yang kuat.
  •  Banyakkan/Luaskan bacaan untuk mendapatkan bukti bagi menyokong atau menolak sesuatu interpretasi.
  • Amaran 6: Jangan sekadar cari bukti yang menyokong interpretasi anda. Bandingkan beberapa interpretasi yang ada.
  • Baca teks berkali-kali dengan pandangan/makna yang berbeza. Apa yang kita rasakan bersesuaian tidak semestinya sama dengan pemikiran penulis.
  • Interpretasi adalah hipotesis kita bagi sesuatu teks.
  • Beri definisi pada terma-terma penting, berikan kriteria jika perlu.
  • Perlu ada kesangsian pada sesuatu idea, jangan terima bulat-bulat.
  • Ada 4 bukti dalam interpretasi teks: textual, contextual, logical, motivational.
  • Amaran 7: Jangan terlalu bergantung pada satu bahan bukti sahaja.
  • Berhati-hati dengan philosophical dan motivational data.
  • detective
  • Pakai ‘detective hat‘ ketika mencari makna tersurat, manakala pakai ‘philosopher hat‘ ketika mencari makna tersirat.philosopher-thinking-584
  • Antara tindakan yang sesuai dalam menginterpretasi teks: Clarify, Separate, Test, Add, Amend.
  • Contoh-contoh menginterpretasi teks: mengkritik teori, menunjukkan ketidakseragaman dalam definisi sesuatu, mencadangkan definisi yang lebih bersesuaian dan lain-lain.
  • Jadilah kreatif. Berfikir dan ‘bergeraklah’ lebih ke hadapan berbanding penulis.
  • Aplikasikan teknik-teknik yang lebih baru.
  • Kukuhkan kenyataan abstrak anda dengan contoh/bukti yang bersesuaian.
  • Bacalah secara meluas dan kritis untuk sumber primer dan sumber sekunder.
  • Bersedialah untuk memperbaiki kaedah ‘approach‘ anda dalam mana-mana peringkat analisis anda.
  • Penggunaan konsep yang baik dalam menginterpretasikan teks dapat membantu: 1- membanding dan membaiki arguement 2- berfikir dan menulis secara jelas  3-mengukuhkan struktur
  • Kadang-kala kita perlu menjadi samar-samar dalam beberapa perkataan untuk mengelakkan masalah yang lebih besar.
  • Penginterpretasi teks yang paling ideal adalah mereka yang memainkan peranan gabungan ahli falsafah-detektif.