Hari Pertama di Tempat Kerja/Makmal


kazokubanner-pengalaman

HMMSkomik

Masih segar di ingatan hari pertama aku menjejakkan kaki ke sini. Prof. atau supervisorku membawa aku ke sini bertemu dengan labmate yang lain. Dalam hatiku, “ Ya.. mereka inilah yang akan aku hadap hari-hari..” Seronok ketika itu, dengan azam yang baru aku bersemangat. Tak sabar nak baca jurnal-jurnal, buat experiment.

labboardMereka semua sungguh baik dengan aku. Aku ditempatkan di meja berwarna putih hijau paling tepi berdekatan dengan pintu masuk. Bilik office ini atau dipanggil researcher room memuatkan 12 orang. Aku mula menyusun kedudukan laptop dan buku-bukuku. Aku buka facebook lalu mengupdate info di page aku  “study at Sungkyunkwan University, School of Chemical Engineering, Bionanomaterial and regenerative medicine as master course…..”

Screenshot_2014-10-22-12-14-07

Tak lupa untuk ambil gambar meja aku dan post di dalam group whatapps family. Ramai yang memberi ucapan tahniah dan mendoakan aku serta memberi harapan yang tinggi padaku. Dalam hati ku “InsyaAllah, akan aku habiskan master ini sehingga aku dapat sambung Phd pula, seperti mana ramai yang mengharapkan aku begitu…” .

Selepas itu aku ditaklimatkan oleh abang paling senior dalam lab ini, menceritakan tentang kajian lab yang sedang tertumpu kearah “regenerative medicine” untuk merawat cancer, lagilah membuatkan aku membuak-buak ingin terlibat dalam kajian ini.

Oh semangatku itu membuatkan aku pergi library meminjam berbuku-buku tentang cancer..ya “berbuku-buku” (untuk pelajar postgrad bilangan had pinjaman buku berbeza dengan undergrad, yakni boleh pinjam baaaanyaakk sangat)…Aah semangatnya aku…..

Seronokkan di permulaan?

Kini….. sudah berlalu 15 bulan. Cerita di atas adalah pada 15 bulan yang lalu. Oh masa laluku…..

Apa yang terjadi pada 15 bulan selepas hari pertama kemasukanku?

lab

Emotionally, perit, sedih,gembira,teruja semua ada namun siapakah tahu berapa peratus keperitanku, kesedihanku, kegembiraanku dan keterujaanku ini?

Tiada kata yang mampu kuluahkan lagi. Cukuplah sekadar aku dan orang-orang yang telah diluahkan akannya. Mungkin yang pernah melalui pengalaman ini cukup mengerti atau mungkin berbeza dengan apa yang aku lalui.

gradschoolenergy

Cukup sekadar doa dari semua, moga Allah kuatkan aku. kuatkan aku. kuatkan aku…..

-dari korea, korea, dan korea-