Berakhlak Mulia Seperti Rasulullah <3


Assalamualaikum :D

Apa buktinya kita mencintai Rasulullah? Selain daripada berselawat kepadanya, kita sepatutnya cuba sedaya upaya untuk mengamalkan akhlak Rasulullah. Tapi…sayangnya tak ramai daripada kita yang beramal seperti Rasulullah kan?😦

Apabila saya duduk di luar negara ni, saya dapat rasakan orang asing yang banyak berakhlak mulia contohnya:

1) Kami tidak mengenali sesama sendiri tapi dia lemparkan senyuman dulu.
2)Ramai yang nak masuk tandas tapi semua beratur dan tandas masih kekal bersih dan tidak berbau.
3)Saya terkial2 nak mengangkat stroller anak turun bas dan dia yang datang tolong angkat.
4)Saya nak masuk kelas dgn buku banyak di tangan dan dia yang tolong pegangkan pintu untuk saya. Dan banyak lagi.

Amalan itu mungkin nampak kecil tapi itulah yang akan membentuk tabiat kita. Rasulullah dah ajar kita macam2 tapi kenapa kita lupa atau susah sangat nak amalkan? Sedihnya…malunya…

arishsmilemeow

Mari sebarkan senyuman ^_^

Apa kata kalau sebelum ni, kita asyik bersuara tinggi dan kasar dengan adik-beradik atau anak2, kali ni kita cuba cakap elok2 dan senyum.
Kalau sebelum ni, susah benar nak luangkan masa dengan keluarga, asyik mengadap komputer atau telefon je, kali ni kita cuba ajak semua makan luar atau jalan2 di taman.
Kalau sebelum ni, susah benar nak senyum, jalan pun buat2 tak nampak orang, kali ni kita maniskan muka dan hulurkan senyuman.
Kalau sebelum ni, kita tak ambil kisah bab kebersihan tempat awam, kali ni kita tolong jiruskan sikit tandas tu sebelum keluar.

Ada banyak lagi sebenarnya. Kawan2 boleh fikirkan tak apa lagi amalan2 kecil yg boleh kita praktikkan untuk mencontohi akhlak mulia Rasulullah?