Penangan Ilmu Hitam?


kazokubanner-pengalaman

TabibMasryKomik

Buat pengetahun semua saya belajar di  Ain Shams University, Cairo, Egypt selama 6 tahun.

ainshamsuni

Untuk entry ini, saya ingin menceritakan pengalaman menjadi mangsa sihir (black magic) sekitar June-July 2008. Ketika itu saya sedang menduduki final exam untuk tahun ke 3 pengajian.

ainshamsmedic

Nak dijadikan cerita kad bank saya rosak ketika peperiksaan sedang rancak berjalan. Dah nama pun exam, mana de masa nk masak kan? So terpaksa la makan di luar atau call fast food every day.

cairo-mccdonalds-bic-mac-photo-arabic

Disebabkan keterdesakan hidup, terpaksalah saya mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar. Dah la nk buat kad baru memerlukan 2 minggu. Jadi lepas 1 paper saya pun pergi la ambil duit di bank pakai buku bank (macam orang2 tua). Selepas mengambil sejumlah cash, sy simpan di dalam beg galas dan letak di bawah buku-buku.

egyptian-money-8396126

Saya pulang ke rumah dengan menaiki bas dan tiada orang yang mengekori di belakang. Lagi beberapa ratus meter ke rumah, tiba-tiba ada seorang arab menegur dan bertanya arah untuk ke satu pejabat. Seperti biasa, sy menunjuk arah kepada orang itu dan dia tidak pernah menyentuh beg saya.

Selepas pulang ke rumah, saya membuka beg untuk mengambil cash tadi. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati wang saya tadi telah bertukar menjadi KERTAS KOSONG. Saya terduduk dan beristighfar kerana terkejut dengan perkara yang berlaku.

Saya cuba recall kembali perkara yang sudah berlaku. Memang saya pasti lelaki arab itu tidak pernah memegang beg saya. Atau mungkin saya sudah terkena sihir dan tidak menyedari apa2 yang berlaku pada diri saya.

Memang sangat trauma ketika itu, dah la tengah exam (paper paling saya tak suka), duit pulak hilang. Tapi alhamdulillah saya dapat  tenangkan diri dan terus study, terima kasih pada  rakan serumah dan keluarga.

WhatIsBlackMagic

Kita sebagai umat Islam hendaklah menghindari ilmu hitam, syirik kan? Di Malaysia pun apa kurangnya? Saya belum ada pengalaman terkena ilmu hitam di Malaysia, tapi tak silap saya ilmu hitam di Malaysia ada. Kalau tak, macam mana majalah Mastika boleh laku, ye tak? Kita pun perlu juga ada  perisai sebagai pelindung diri.

OK guys, berjumpa lagi dalam entry berikutnya. Salam