Aktiviti untuk Si Manja: Permainan Pelekat


Pada kali ini, saya ingin kongsikan satu aktiviti si manja yang menarik dan dapat mencuri tumpuan. Mudah sahaja. Sediakan satu buku nota kecil dan pelekat. Apa-apa pelekat pun boleh, malah ‘lable‘ yang berwarna-warni juga memadai. Beli saja pelekat atau ‘lable’ yang murah supaya anak-anak dapat melekatkannya sebanyak mungkin yang dia mahu.

arishsticker1

Haaa…sampai rambang mata tak tahu pelekat mana yang mahu dipilih.

Agak khusyuk juga anak saya membuat aktiviti itu bersendirian. Mula-mula saya perlu ajar dulu cara untuk menanggalkan pelekat dari kertas pelekat. Lama-lama dia sendiri pandai dan mulalah dia leka dengan projek buku pelekatnya.

arishsticker4

Projek pelekat pertama Arish

arishsticker5

Seronok sungguh dia bermain dengan pelekat sampai dia pula yang duduk di meja Bonda.

Selain daripada buku nota kosong, kita juga ada pilihan untuk memberikannya gambar. Di kedai berdekatan rumah saya, saya terjumpa satu set pelekat yang berharga 99p sahaja; terdiri daripada 2 keping kertas pelekat dan satu papan lukisan. Anak-anak akan berimaginasi kreatif untuk meletakkan pelekat di mana-mana sahaja atas papan lukisan itu.

arishsticker2

Arish bermain dengan set pelekat ‘Cars’

Jika tiada set pelekat seperti ini di kedai berhampiran, buat sahaja projek DIY. Untuk projek DIY (Do It Yourself), print sahaja lukisan apa-apa dari internet dan berikan pada si manja. Tentu mereka akan teruja untuk meletakkan pelekat di atas lukisan itu.

Jika mahu pelekat DIY juga, boleh google di internet ‘cute printable stickers‘. Kemudian jangan lupa print di atas kertas pelekat yang besar seperti yang saya beli dari laman web Amazon ini.

labels4u

Kemudian gunting kecil-kecil dan beri pada anak untuk projek pelekatnya.

Selamat mencuba supermommies!❤

arishsticker3