Nota Bengkel Pengurusan Jenazah (1)


Pada hari ini (28 April 2015), saya telah diamanahkan untuk mengendalikan bengkel ringkas pengurusan jenazah di Dewan Malaysia, London. Terasa cuak juga kerana kali terakhir saya melibatkan diri dengan pengurusan jenazah adalah ketika dalam program Ustazah Pilihan. Semakin berdebar apabila katanya datin duta akan hadir dan kira-kira 25 orang yang telah menyatakan kehadiran. Aduhai…tapi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu itu begitu besar.

Jadi saya ulangkaji’ semula ilmu pengurusan jenazah dengam membaca, mencari slide di Slideshare, dan menonton video urusan jenazah di YouTube. Alhamdulillah rasa bahagia kerana dapat mengulangkaji ilmu fardhu kifayah ini.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan para peserta kelihatan teruja dan fokus dalam menuntut ilmu. Di sini saya ingin kongsikan nota dalam Power Point dengan semua. Saya dapat nota ini daripada beberapa slide di Slideshare dan saya gabungkan dan olah sedikit untuk kesesuaian bengkel ringkas pengurusan jenazah ini.

Jom sama-sama belajar ilmu pengurusan jenazah. Kita tanam azam untuk uruskan sendiri jenazah ahli keluarga kita, insya Allah ahli keluarga kita akan uruskan jenazah kita nanti :)

bengkeljenazahBJ2BJ3 BJ4 BJ5 BJ6 BJ7 BJ8 BJ9 BJ10