Kosong dan Hilang


kazokubanner-pengalaman

AIMBblue

Buat kerja part time guide orang Malaysia jalan-jalan kat Seoul bukanlah mudah seperti yang disangka. Bila banyak orang, maka banyaklah ragamnya. Ada yang datang Korea sebab suka drama dan Runningman. Jadi semua tempat Runningman pernah pergi, dia pun nak pegi jugak.

runningman

Ada yang datang sebab suka shopping. Customer macam ni memang payah dilayan. Kalau nak beli beg yang diperbuat daripada kulit belut, memang jenuh kita cari kat Google mane boleh beli. Orang macam ni selalunya sanggup berhabis duit beribu-ribu ringgit. Lagi susah bila bawak orang yang nak shopping tu duit tak banyak. Jenuh kita tawar-menawar dengan orang Korea. Yang sakit hati tu, bila tak jadi beli, kita pun keluar dari kedai slumber je, orang Korea sumpah seranah kita pakai Korean language yang kita je paham, orang Malaysia tak paham-_-

korea-shopping

Ada jugak yang datang sebab nak makan. Geng-geng macam ni memang kita kena layan dengan pergi ke setiap restoran yang boleh dimakan dan penat jawab soalan macam “Eh, apa nama mi yang warna hitam tu?” dan “Kat mana kita boleh makan makanan Korea yang putih-putih, rice cake kot eh? Yang dalam kuah merah tu?”

restaurantinkorea

Kadang-kadang tu kita sampai nervous bawak orang Malaysia yang banyak soalan. Kalau banyak soalan dan boleh terima jawapan kita tak pe jugak. Ni yang banyak komen atau tak puas hati dengan jawapan kita, macam dia pulak yang dah tinggal di Korea lebih 5 tahun.

Kali ni, tajuk diberi Kosong dan Hilang sebab nak kongsi pengalaman manis, guide Najwa Latif dan keluarga kat Seoul. Best weh, hehe… AIMB bukanlah peminat NL ni, tapi tau la jugak lagu2 dia. Pernah dengar masa balik Malaysia.

Print

Masa mula2 pergi jemput NL dan keluarga kat airport, Boss bagitau yang ketua trip ni namanya Ika Latif dan diorang ni 5 orang. Oh, ok… tanpa sebarang syak dan wasangka, AIMB pergi la airport, nampak macam 5 orang segrup tu, AIMB terus je approach.

“Ika Latif ke?” AIMB tanya. Ika tu pun mengaku dan memperkenalkan keluarga dia “Ni mak, ni adik, ni kakak bla bla bla…..” AIMB pun tengok sekali imbas lalu terkeluar dari mulut tanpa sedar. “Eh, kenapa muka macam Najwa Latif eh?”. Diorang gelak2 je.

NLinkorea2

AIMB tak amik pusing pun dan terus ke kerusi berdekatan untuk bagi sedikit penerangan. Dah duduk, sekali lagi AIMB cakap “Eh, kenapa muka korang macam Najwa Latif eh?” Terus Ika Latif tu cakap sambil point ke seseorang yang duduk kat sebelah AIMB, “Ni memang Najwa Latif pun”.

Terkejut giler mase tu, baru start tengok muka orang yang sebelah AIMB, eh memang betul Najwa Latif. Mungkin terkejut sebab tak de bodyguard sampai tertanya ke dia. “Tak de bodyguard ke?” NL cakap: “Oh kalau kat Malaysia adalah, sini tak ade.”

NLinkorea

AIMB pun update Fb cite ke orang yang guest kali ni NL. Terkejut sebab tak sangka dan setahu AIMB dulu penah tengok Astro, cite pasal NL ni. Kakak dia mase tu tak bertudung, masa kat Incheon semua yang datang bertudung, Alhamdulillah. Sebab tu boleh tak kenal bila sekali imbas. Lepas dari tu, AIMB terus jadi femes di kalangan student JPA kat Korea ni, haha… Tapi femes dengan ‘Isteri Acap bawak NL jalan’, bukan namaku sendiri.

Best jalan dengan NL dan keluarga dia ni. Gila-gila, humble dan senang je. Tak banyak ragam. Dah la mase diorang datang tu hujan. Kesian, tapi kitorang harung jugak. Memang best, lagi2 kalau time amik gambar, macam2 posing ada. Posing yang kalau media dapat, habislah…Haha~

NLinsta

Sumber: Instagram Najwa Latif

 

Paling best sekali masa jalan kat Nami Island. Nami Island kan hujung dunia, so masa balik naik subway tu memang lama sangat terasa. Jadi kitorang pun sembang pasal dunia artis. Semangat weh, macam-macam benda baru dapat tahu. Artis tu, artis ni. Sampai ke meja makan kitorang sembang lagi. Sorrylah tak boleh nak share kat sini, kalau nak tau pm AIMB, wuahahaha…

Kenangan terindah dengan NL ni, ade satu malam tu tumpang nak solat kat bilik NL ni. So, habis solat tu, terbuka cerita lain. Sembang punya sembang punya sembang tak tengok jam dah pukul 11. Rumah AIMB kat Suwon, Seoul ke Suwon makan masa sejam setengah. Mak NL pun tak bagi balik, dia suruh tidur je dengan diorang. AIMB dah risau esok nak pakai baju apa, eh NL offer amik baju die…hahaha, Alhamdulillah, ade jugak baju artis yang AIMB dapat. Nak cuci dan pulangkan balik ke NL memang tak sempat, jadi AIMB dapat amik terus. Assssssa!  So malam tu telpon la hubby AIMB, mintak izin nak tidur Seoul malam tu, diiringi dengan suara NL yang cuba memberi sokongan di belakang.

NLinkorea3

Korang bayangkan, kalau la artis Malaysia yang lain. Ada ke yang nak amik pakej student ni? Penat kot, jalan banyak, sakit kaki. Baik diorang amik tour and travel yang beribu2 mahal tu. So, kesimpulannya NL ni memang sweet. Nampak pendiam dan baik hati. Dia paling rapat dengan mak dia, kalau jalan tu, asyik berkepit je dengan mak dia. Setiap kali tengok diorang, buat AIMB rindu mak di Malaysia. Buat NL dan keluarga kot2 terbaca blog ni, minta maap. Ostazah Pilihan suh tulis apa2, dah tak ade idea, pasal ni je yang masih tersemat di hati sampai sekarang^^

NLinsta2

Sumber: Instagram Najwa Latif