Aktiviti untuk Si Manja: Permainan Cop


Assalamualaikum

Sebagai seorang ibu dan juga pelajar, saya perlu mencuri masa untuk ‘membelek’ buku memandangkan anak teruna saya sekarang dalam peringkat umur yang sangat aktif dan sentiasa ingin mencuba. Sudah semestinya dia akan sentiasa cuba menagih perhatian saya setiap masa dengan duduk di riba, bermain sembunyi-sembunyi, minta susu dan sebagainya. Jadi saya perlu memberi ‘kerja’ kepadanya supaya dia leka dan memberi peluang untuk saya membuat kerja lain.

Mmm…apa ye? Paling mudah jika saya membuka laptop dan memasang Upin Ipin tetapi saya mahu dia melakukan aktiviti lain yang boleh merangsang minda dan kreativitinya. Di sini saya ingin berkongsi ‘eksperimen’ saya untuk aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi anak-anak kecil. Insya Allah saya akan memulakan siri ‘Aktiviti untuk Si Manja’ di blog ini dan saya akan berkongsi hasil ‘eksperimen’ saya.

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan ialah bermain ‘cop-cop‘ atau stamping. Waah, memang leka sungguh Arish bermain cop. Mudah saja. Sediakan kertas dan beri cop kepada anak. Paling baik jika sediakan self inking stamps atau cop yang sudah ada dakwat untuk mereka. Tak perlu beli dakwat dah.

stamps

 

Mula-mula saya belikan cop yang perlu diletak dakwat.  Seronok juga Arish bermain tetapi kena ajar dulu bagaimana melekatkan dakwat pada cop.

arishstamping

 

Kemudian saya terjumpa pula self inking stamps. Waaaah, memang laju saja dia ‘mengecop’ sampai tak sedar dah Bonda di hadapannya. Tengok serius je mukanya. Hehehe~

arishstamping2arishstamping3

 

Ok selamat mencuba Supermommies!