2S: Senyum dan Salam


arishsmiling

Assalamualaikum

Hari itu ketika saya sedang menolak stroller Arish, tiba-tiba ada seorang wanita berkulit hitam tersenyum riang dan menegur saya. Terkejut juga kerana saya tidak mengenalinya.

Dia kata: Merhaba!
Saya jawab: Merhaba!
Dalam hati saya: Aik, aku bukan orang Turki.
Dia kata lagi: Kaifa halik?
Saya jawab: Alhamdulillah.
Lagi skali dalam hati saya: Aku bukan orang arab.

Tak lama kemudian saya terasa seperti ‘ditampar’ dan terus rasa malu. Wanita itu berusaha untuk menegur saya tanpa mengenali saya, siap dgn senyuman yg sangat riang. Bukan ke kita umat Islam digalakkan untuk senyum dan memberi salam? Oh insaf! Jom kita sebarkan 2S. Senyum dan salam. Smile!!!