Mentee Pilihan untuk April 2015


menteepilihan

Assalamualaikum, Terima kasih banyak-banyak buat semua yang telah memohon untuk menjadi mentee bagi April 2015.  Seperti yang dijangkakan, ramai yang berminat untuk mendapatkan bimbingan dalam hal biasiswa. Maaf saya tidak dapat nak membimbing semua, hanya beberapa orang mentee saja yang terpilih.

Buat mereka yang tidak dipilih, jangan berputus asa. Sebenarnya kalian boleh cuba mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada senior, guru, kaunselor, orang tua dan sebagainya. Ramai lagi yang boleh dirujuk, percayalah! Kalian perlu berusaha untuk mencari dan tidak berputus asa untuk approach mereka. Sebenarnya dulu saya tiada pembimbing pun untuk hal ini. Bersendirian saya berusaha mencari, mencari dan mencari, dan dari situ saya banyak belajar. Memang tidak mudah tetapi ia pengalaman yang amat bernilai.  So, do not give up dear friends!

Insya Allah tawaran untuk mentee bagi Mei 2015 akan dibuka pada pertengahan April ini. Tiada had untuk permohonan mentee. Sesiapa pun boleh membuat permohonan berulangkali tetapi jangan lupa untuk mencuba dulu pelbagai alternatif yang ada di luar sana.

Perlu diingatkan buat para mentee yang terpilih. Bukan mudah untuk anda mendapat peluang sebegini, maka gunakanlah ia sebaik-baiknya. Dalam bulan April ini, manfaatkan komunikasi emel bersama saya dengan sepenuhnya. Jika saya ada soalan atau cadangan, harapnya anda beri tindakbalas dengan baik. Jika anda rasa anda tidak mampu memberi komitmen, harapnya anda beritahu saya secepat mungkin supaya saya dapat memilih orang lain yang lebih bersungguh-sungguh untuk menjadi mentee saya. Mabruk buat mereka yang terpilih! Untuk April 2015, saya memilih 6 orang mentee iaitu:

  1.  SITI SHAKIRAH SAYADI dari Puncak Alam
  2. NURUL IMAN dari UKM, Bangi
  3. SITI ASMAH dari Kota Tinggi
  4. SITI NOR ATIRAH dari Seri Iskandar
  5. YANA dari Kuantan
  6. WANI dari Shah Alam

Kepada mentee April 2015, sila hantar emel kepada saya di upfiruz@gmail.com. Terangkan sekali lagi hal yang memerlukan bimbingan dengan teliti, atau boleh saja copy paste permohonan anda sebelum ini. Di bahagian Subject, sila tulis: Mentee April 2015 (Nama Anda). Selamat berusaha dan berjaya semua! Remember

inspirationalquote