Tips untuk Menghadapi Kebuntuan dalam Menulis (Writer’s Block)


University-Collge-London

Beberapa hari yang lepas, saya telah menghadiri bengkel ‘Overcoming Writer’s Block‘ yang diadakan di University College London di Gower Street. Pelajar PhD dari pelbagai latarbelakang kajian yang berbeza datang dan kami banyak membuat latihan bermanfaat untuk menghadapi masalah kebuntuan dalam penulisan.

Saya rasa ia amat-amat berguna dan di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat daripada bengkel tersebut. Antara perkara menarik yang saya belajar adalah latihan praktikal untuk menghadapi kebuntuan dalam menulis. Di sini saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan olahkan sedikit untuk bacaan kawan-kawan.

Semoga bermanfaat! ^_^

1) Ambil hasil tulisan anda, boleh juga ambil satu bab tesis jika sudah ada. Baca bab itu dengan suara yang kuat dan juga perlahan.  Buat nota untuk ayat yang kedengaran pelik dan tulis semula.

2) Ambil satu perenggan daripada hasil tulisan orang lain.  Buat analisis bagi setiap ayat, ambil nota bagi pemilihan perkataannya dan jadikan ia model atau contoh untuk kerja anda.

3) Teruskan saja menulis tanpa membuat apa-apa pembetulan dulu, Jika boleh, jangan baca apa yang anda tulis sehinggalah anda selesai menulis untuk satu bahagian atau mukasurat.

4) Jika rasa otak tepu dengan pelbagai projek atau idea, cuba luahkan ia dengan apa cara sekali pun. Contohnya tulis di atas kertas dan dari situ kembangkan idea tersebut.

5) Sediakan kertas tambahan di sisi anda ketika menulis. Setiap kali fikiran negatif datang, tuliskan ia di atas kertas tersebut supaya ia tidak menganggu penulisan tesis anda.

6) Momentum sangat penting dalam penulisan tesis. Jika anda ada masalah untuk meneruskan penulisan, tinggalkan sebentar idea atau ayat yang tergantung. An unfinished sentence is better than nothing.

7) Jika anda tersangkut pada sesuatu idea, tinggalkan ia dulu dan selesaikan dulu idea yang anda yakini. Apabila sudah bersedia, kembali semula pada idea yang tertangguh itu.

8) Setiap pagi, tulis 3 mukasurat tentang apa-apa yang terlintas di minda.

9) Buat latihan yang anda perolehi di bengkel-bengkel yang anda pernah hadiri.

10) Bercakap pada monyet – Terangkan kajian anda pada patung permainan atau lukisan. Mungkin juga boleh bercakap dengan bayi anda. Mungkin kita akan kelihatan seperti orang gila tetapi ini merupakan latihan untuk meluahkan idea tanpa terasa teragak-agak.

11) Buat dahulu perkara penting yang lebih mudah. Cuba kenalpasti samada ada bahagian dalam kajian yang anda boleh selesaikan cepat dan teruskan kajian.

12) Cuba freewriting. Duduk dan tulis untuk tempoh masa yang tertentu, contohnya 10 minit untuk permulaan. Jangan teragak-agak dan berhenti menulis. Malah anda juga boleh menutup monitor dengan kertas dan taip saja walaupun anda tahu apa yang anda tulis mungkin merepek dan banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa. Haaa…kan anda tengah menulis? Ini merupakan latihan yang baik untuk memulakan penulisan yang sudah lama tertangguh.

13) Berjalan-jalan sebentar. Keluar sekejap daripada dunia penulisan anda. Fikirkan tentang burung-burung cantik yang berkicauan riang di pohon menghijau. Tarik nafas.

14) Mandi dan pakai set baju yang bersih. Give yourself a truly clean start.

15) TInggalkan komputer, tulis di tempat yang baru. JIka anda banyak merenung skrin komputer dan tiada apa yang ditaip, bangun dan tinggalkan tempat anda. Ambil pen dan buku nota dan pergi ke tempat yang baru.

16) Berhenti daripada menyesakkan diri sendiri. Anda tidak boleh berfikir jika anda terasa serabut. Berhenti fikirkan benda-benda yang merisaukan dan fokus pada perkara-perkara positif.

17) Renggangkan badan. Boleh juga  vacuum paru-paru dengan menarik nafas panjang-panjang dan bersenam sedikit.

18) Cipta satu tabiat baru. Contohnya minum air betul-betul setelah 20 minit. Atau buat pushup atau apa-apa saja.

19) Dengar muzik yang baru. Cuba dengar sesuatu instrumental atau berirama yang anda tidak pernah dengar sebelum ini. Put it on repeat. Jangan sibuk ‘menggodek’ iTunes sampailah draft anda selesai.

20) Tulis saja benda mengarut. Terima hakikat bahawa draft pertama selalunya tidak memuaskan langsung. Selesaikan sesuatu, kemudian barulah anda dapat ‘polish‘ kerja anda menjadi lebih baik.

21) Matikan internet dan tutup segala aplikasi yang tidak diperlukan. Boleh juga buat akaun baru dalam komputer yang tiada kaitan dengan apa-apa aplikasi.

22) Buat kerja lain. Contohnya sapu sampah atau sidai baju. Buat sesuatu ringan untuk mengingatkan anda yang anda juga mampu membuat atau menghabiskan sesuatu kerja.